Sunday, November 15, 2009

1 PERJALANAN



Salam alaik untuk semua.alaikum bittaufiq wannajah dalam ape perkara pun. Semoga sentiasan dalam penjagaan Allah s.w.t.Lame tak menulis,rindu sekali skala.hehe.

bismillah.

Hari ini.1 Malaysia,1 itu,1ini.Ditmpat sy,1 Mansoura pula.Manusia,masing2,hal masing2.Untung mereka yg 'menghalkan' dirinya itu untuk org lain.Tak mengapa,letih disini ,moga tenangnya disana.Perjalanan yg pasti pernah ada kesudahan.Amin ya Rabb.
Sy teringat,kali pertama menduduki top 10 merentas desa skolah sy.Ketika itu,kali pertama sy tidak berlari dibawah bayangan abg sy yg mmg selalunye juara dahulu kala.Berdikarilah katanya.Ok ,bkn itu ceritanya.hehe.Ceritanya,ketika itu,bnyk mengajar sy scara PRAKTIKAL nya erti sebuah 'perjalanan'. Atau kita ikut mood sekarang,kita panggil '1 Perjalanan' lah.

1 Perjalanan.
poom!!
sekumpulan rakan sedarjah,
sekumpulan abang-abang senior sebilik,
sekumpulan adik-adik junior sekecil-kecilnya.
mereka semua kedepan smbil 'memotong' manusia.
sy,masih tergiang-ngiang.mereka terlalu hebat untuk sy.

5meter.
sy terasa ketinggalan.
sy berlari keanak-anakan.
sy berhenti.
sy membuka kasut mencampakkannya ke semak.
'ah ,berat sungguh kasut ini.''monolog sy dikala itu.
itu nombor 1 dlm '1 perjalanan'.

500-700meter
sy masih ketinggalan.
sy berlari selaju 'keremajaan'.
ingatkan sudah dihadapan.
oh.tidak.masih berpuluh badan dihadapan.
ditangan,sebotol air tenaga masih terisi.
'ah,berat pula kamu ini'sy bermonolog lg.
maka,di tepi jalan ,disitu tempatnya.
itu nombor 2 dlm '1 perjalanan'

2000-3000meter.
sy hanya berlari,
di atas jalan atau titi,
sy tidak kenal lagi.
'oh,masih ada orang dihadapan aku'
sy bermonolog lagi.
sy menunduk keletihan,
warna merah apakah ini?
bukankah hujan warnanya tiada.
mendongak,langit cerah.
menunduk semula,
'owh..kaki sy sudah berdarah'
penangan jalan tar dan terik 12 tgh hari.
itu nombor 3.

3000-penamat.
sy masih berlari.
sy di laluan terakhir.masih ada 10 meter untuk sy.
'cukuplah berlari begini'hati sy meminta agar badan cukuplah.
usahlah,jika mahu melajukan rentak lari.
'kita sudah ingin sampai'kata hati.

10meter terakhir.
Seorang senior dihadapan.
mengira-ngira,
'ah,mustahil wahai sikaki untuk berlari selaju seperti ini'
redhalah dgn no7 untuk budak 14 tahun.
tp,sikaki melajukan rentaknya.
budak 14 tahun melepasi.
remaja 17 tahun melewati.

penamat.
sy sudah sampai.
sampai bersama kaki yg berdarah.
sy tunduk.lalu,termuntah.
alhamdulilah.
1 perjalanan,kini sudah tamat.
lalu sy cepat cuba fahami.

sy menoleh kebelakang.seseorang menghulurkan angka 6.
sy mengintai pula kebelakang lagi.
si nombor 7,8,9 dan 10 sampai.
mereka hebat,semua berlari bersama alas dikaki.
ada juga erat mengenggam air sejak dari mula tadi.
owh.sy perlu berkorban untuk mendapat nombor 6 ini rupanya.
sy tidak puas hati.

sy menoleh kehadapan.
si nombor 1,2,3,4,5.
masing-masing dengan cara tersendiri untuk melepaskan lelah.
owh.ada juga yg menggenggam sebotol air sejak dipermulaan td.
owh.mereka juga semuanya berkasut.
patutnya ,perkiraan sy,sy la juara.
ahh..'Tuhan,tidak adil'
iyalah masih kecil.isu ini juga dikaitkan dgn Tuhan.
tp.

bila sudah 21,
1.Nilai/Natijah kebahagian/kejayaan itu bukan pd manusia laen.Manusia itu,dpt ini bila begini,aku juga perlu dpt ini bila buat begini.Tetapi,tidak salah untuk mencontohi.Sedangkan khalid al-walid juga menghembuskan nafas terakhir diatas katil.

2.Kita tercampak di satu tempat.kita mengimpikan dpt seperti yg laen.Aman dan sentosa.Dpt 'bernafas' dgn sebaiknya.Spt td,Tak perlu buka kasut,tak perlu berdarah kaki.Tak perlu dicaci dan dimaki,dipanggil si kaki ayam.kita terus tersenyum dan hanya perlu berlari.bukan keadaan,tapi apa pengorbanan yg berani kita lakukan untuk sampai ke penamatnya?sedangkan Hanzala sendiri meninggalkan isteri yg baru dikahwininya untuk seruan jihad.

3.''Berpayunglah'' didalam perjalanan,walaupun dimana2 laluan.Jika botol air itu dibuang diawal larian,mungkin sy tidak dpt menghabiskan larian itu.Berkira-kiralah kekuatan apabila mengetuk pintu 'rumah orang'.Berpayung=berlindung.Dimana pun,sefety guard iman,cemeti amal dan helmet takwa.

4.banyak yg sy ingin kongsikan dari perlarian td.sy akui,ia mmg bnyk mengajar sy untuk sy kongsikan bersama.tp,sy rase dah panjang sngt pula.selebihnya yg anda dpt,boleh share bersama-sama.insya Allah.:)

5.tak perlulah menganggap kita ini sudah ke syurga,mengendahkan org laen yg 'kononnnya' sudah wajib keneraka.takut-takut kita pula kesana nauzubillah.usah pula meneraka-neraka kan yg laen,takut2 kita pula 'sedang' menjadi ahlinya.

tenang,pelan-pelan ikut aturan Allah.dekati kebaikan,mengubah keburukan.itu jawapanya
kita semua serupa,tiada jaminan melaikan yg sudah terjamin(nabi n sahabat2) :)

Abu Abdurahman Abdullah bin Mas'ud r.a berkata, Rasullah bersabda kepada kami, sedang beliau adalah orang yang jujur dan terpecaya."Sesungguhnya tiap-tiap kalian dikumpulkan ciptaannya dalam rahim ibunya, selama 40 hari berupa nutfah (air mani yang kental) lalu menjadi alaqah (segumpal darah) selama itu, lalu menjadi mudghah (segumpal daging) selama itu pula, kemudian Allah mengutus malaikat untuk meniupkan ruh kepadanya dan mencatat 4 hal yang telah ditentukan, yakni ; rezeki, ajal, amal dan sengsara atau bahagiannya.Demi Allah Dzat yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya setiap kalian ada yang beramal dengan amalan penghuni syurga hingga jarak antara dia dengan syurga hanya sehasta (dari siku sampai ke ujung jari). Lalu suratan takdir mendahuluinya sehingga ia beramal dengan amalan ahli neraka, maka ia pun masuk neraka.Ada juga di antara kalian yang beramal dengan amalan penghuni neraka hingga jarak antara dia dan neraka hanya sehasta. Lalu suratan takdir mendahuluinya, sehingga ia beramal dengan amalan ahli syurga maka ia pun masuk syurga.
-Hadis riwayat Syaikhan-

wallahua'alam.maaf panjang sket.lame tak post.hehe.