Thursday, November 06, 2008
bayaran perpisahan
'tengok2 kan adek2 di hira'
'insya Allah mllmh'
------------
7 November 2008-tidak lg di sekolah.skola da tamat.
Surat perletakan jawatan sebagai mllm masih tersisip rapi dlm laci.ditangguh2 sejak dulu.
tiket kapal terbang juga.delay2 dan delay.mereka di sana,memanggil2.
bayaran perpisahan?
rasenye smakin fobia untuk mencipta another pertemuan di mane2 pun, bayaran untuk perpisahannya sngt berat.btw,that's is the price.
rindu.
privacy.cukup. =) .jom borak ttg ni.
-----------
guru,mllm,cikgu,dan ape2 pun istilah.
bknnye garam didalam masakan.mencukupkan selera,menyedapkan rase.bahkan,umpama semuenye didalam hidangan.lauk,api,garam,atau pun ape2 yg melengkapkan masakan.
2 bulan menjadi guru di Hira'.
yup,singkat.but,singkat is nikmat rite? :)
.mungkin bermanfaat.
1.sekecil2 senyuman anak2 murid,sbesar2 ketenangan dihati guru.
2.sekecil2 muram anak2 murid,sbesar2 gelisah dihati guru.tk fhmkah dia?sakit kah?mm..
rasenye,itu yg bakal hilang.
bayaran perpisahan.(mode sedeh kot ni)hehe..
ank murid2 yg bace(kalau ade)..
hanye yg kental? .............................!
=)
wallahua'alam,next step jum!.
Wednesday, October 08, 2008
edisi 15-25thn: pejamkan ia Rabb
Pejamkan lah mata Ini wahai tuhanku.
Hari ni sungguh meletihkan,
Hari2ku telah pasti letih seperti ini,
Aku sudah biasa denganya,
tidurkan lah mata ini tuhanku.
Jam terus berlalu
Hati terus berlagu,
Mataku terus menunggu,
Pejamkanlah mataku tuhanku.
Mengapa sukar benar ?,
Aku ingin bangun qiam,
Mampukah nanti sujud dan rukuk dgn mata yg terpejam?
Mustahil,mana mungkin.
ejamkanlah ia sekarang tuhanku
Satu sudah lelap,
hilang sudah hilai tawanya,
Satu masih berjaga berbuku dimalam,
Selebihnya sudah dibuai mimpi.
Sudah 2 jam,
Aku belum terpejam,
Dari mana tenaga ini sehingga sukar benar ia.
Eh,tidak..
mataku sudah terpejam,
Benar!sudah terpejam.
Aku pasti!
Apa lagi?
owh..
hati.
hati masih lagi disini.
Memikirkan sesuatu.
Merenung sesuatu.
Apa mungkin kurangya ilmu ,aku masih tidak mampu memahami?
Atau syaitan sebenarnya yang mengangguku?
Atau aku sendiri yang tidak ingin memahami?
Apa sebenar dalam hatimu?
Apa mungkin lakonanku membuatkamu mnjadi pembantu layar?
Atau ada halangan disebalik tirai langsir itu?
Engkau menjaga sesuatu?
Engkau memelihara sesuatu?
Tenangkan lah aku,katakan aku tiada dihatimu.
'Katakan sahaja engkau bukan untukku'.
Aku rela bersama duka yg dalam,
Dari meniti hari2 yang tidak mampu membuatkan ku terpejam.
Tuhan yg mematikan,
Pejamkanlah aku,sejurus tangan ini dialih dr kekunci.
Andai kau nanti terus menerus memejamkan aku dan ,
Izinkan mimpi terindah ntukku. disana~
-----------------------
quote: found n got sumthin?anda rase..?
Saturday, September 13, 2008
ada BENGKOK yg ingin diLURUSkan
Ada yang perlu dibersihkan berdasarkan sejarah Perang Badar.Sejarawan berpendapat tindakan sahabat Rasulullah menghalang kafilah dagang kafir quraisy adalah punca Perang Badar.Padahal,kafiq quraisy sendiri yang telah membuka jalan keatasnya.Begini !idea ini hadir apabila ketua munafiq Madinah,Ubai bin Sahlul menerima surat dari pemimpin kafiq quraisy di Makkah.
“Kamu sekalian melindungi sahabat kami(makksudnya kaum muslimin),dan kami bersumpah atas nama Allah agar kamu mengusir mereka.Atau kami akan mengerahkan seluruh kekuatan untuk membunuh parajurit kamu dan menawan kaum perempuan kamu '
Juga surat kepada golongan muhajirin,
‘Kamu sekalian jangan berbangga dulu kerana Berjaya meninggalkan kami menuju yathrib(madinah).Kami akan dtg memusnahkan kamu semua dan menghancurkan ladang2 di tgh2 negeri kamu sendiri’-sunan abu daud.
Dengan ‘semangat surat ’ itu,Abdulllah bin sahlul datang berjumpa Rasulullah dan para sahabatnya.Semenjak Rasulullah berada dimadinah.Kepopulariti A.S semakin berkurangan.Semakin ramai yang menghormati Rasulullah berdasarkan keluruhan dan kemurnian peribadi baginda.Ini sewajibnya menimbulkan rasa dendam didalam jiwa seorang ketua Munafiq.
Setiap kali perjumpaan itu juga ,jiwa seorang kekasih Allah tidak pernah pula berputus asa mengajaknya masuk islam,namun ini pula ‘respon’ dari seorang Ketua munafiq…
‘wahai Muhammad,tidak adakah kata2 yg lebih bagus daripada kata2mu itu?lebih baik engkau duduk dirumahmu.Apabila ada yang hadir kerumah mu ,ungkapkanlah kata2 itu.Usahlah engkau bersusah2 untuk mendatangin orang lain dan menyampaikan apa yg tidak disukai mereka’
Meniti hari,A.S semakin berani ‘menikam’ Rasulullah.Terdapat juga beberapa org sahabat yg lemah imannya mula memihak kpd Ketua munafiq itu.Kebanyakannya terkesan dengan kehadiran surat tersebut.Mereka mula bergabung dgn A.S.Disudut yg lain,keimanan yg kukuh dikalangan Muhajirin dan Ansar turut tekucil dan hampir melakukan serangan ke atas A.S.
Salahkah pd niat Muhajirin dan Ansar menyerang ketua MUNAFIQ ini yg mana cuba menggugat Rasulullah?Jawapanya tidak!Namun,ini jawapan dr seorang Rasulu yg telah dibersihkan ilhamnya oleh Allah,
‘’telah sampai kepadaku ancaman dr Kafir Quraisy,Ternyata rancangan jahat mereka tidak sebesar rancangan jahat kalian tErhadap diri kamu sendiri.Kamu ingin memerangi saudara dan anakmu sendiri’’
Disini kebijaksanaan FIQH POLITIK Rasulullah terbukti.Rasulullah segera mengingatkan kedua2 kelompok yg ingin bercakaran ttg musuh sebenar mereka iaitu Kafir Quraisy bukannya bercakaran sesame sendiri.
Dengan kata2nya itu ,menunjukkan rasulullah tidak pula memihak pd mana2 golongan walaupun terbukti golongan Abdulllah bin sahlul patut diperangi.Kata2 itu juga seraya membangkitkan sebuah gelombang kekuatan ntuk melawan musuh dlm rangka untuk menyelamatkan bakal bumi islam pertama, Madinah.Ketika ini,yg disentuh Rasulullah adalah cintakan tanah air dan patriotrisme bukannya semangat mempertahankan Islam yg diutamakan.Andaikata terbatas kebijaksanaan Rasulullah ketika itu,maka yang akan menentang kafir quraisy dari mekah hanyalah golongan muslimin sahaja.Tetapi ,inilah Rasulullah,seluruh penduduk madinah Berjaya disatukan dan bersama2 mempertahankan bumi madinah.Secara tidak langsung memberi keuntungan kepada Islam.
Ikhwah akhawat,
Bagaimanakah Bila datang nya banjir besar melanda sesebuah tempat kita pula terus menerus membina bangunan2 dan sebagainya,sedangkan ketika itu kita memerlukan bahtera penyelamat untuk menghadapi bencana yg bakal melanda.
Dari sejarah indah yg kita baca td,beginilah cara baginda mengajar kita.
Muslimeen + penduduk madinah VS kafiq Quraisy.
Rasulullah amat arif agak mustahil untuk mempertahankan madinah bersama kekuatan muslimeen shj.Bahkan rasulullah Berjaya ‘memindahkan’ mentality penduduk madinah ketika itu dalam bercakaran kpd focus mempertahankan madinah yg akhirnya menjadi titik tolak perbentukan Khilafah islam.
Bagaimana pula kita?Kita berada didalam satu kecelaruan yg tak pernah susut.Kita masing2 mempunyai ideology ,prinsip,cara dan dasar2 yg kita perjuangkan dan kita pertahankan.Itu kita akui.Ini sunnatullah.Kerana kita manusia mempunyai kekuatan akal yg berbeza2. Dari sudut setiap individu ataupun kumpulan2.
Mengapakah kita susah benar ingin mencari satu titik kesamaan didalam setiap kecelaruan ini?atau mungkin kita sahaja membutakan mata tentangnya.Ego,tamak dan pelbagai desakan duniawi mungkin menutupnya.
Bahkan rasulullah juga pernah bertoleransi dgn golongan yg menentangnya.Inikan kita?Bersama2 mengucapkan syahadah,bersolat 5 waktu,berzakat, dan sebagainya.Tetapi disbbkan perbezaan beberape idea atau perkara furu’ sehingga kita terlupa musuh sebenar Yahudi laktullah yg tak putus2 menghentam dan menikam?
Ayuh,pemuda/i yg menyatakan kesediaan anda untuk menyerah nyawa ini untuk agamamu.Dimana dan Kemana pun ‘tempat’ kita berjuang,kita masih berpegang pd redhaNya sebagai titik tolak kesatuan fikrah dan terus kekal dlm hasanah.
Mungkin ini masanya yg BENGKOK perlu diLURUSkan..
Tuesday, September 02, 2008
Sejatory
Penin~

Kerna kita punya kisah lalu,kita sebut sejarah.Orang putih memanggilnye history.Sejarah + history =Sejatory.Heh..keanak anakan bunyinya seperti.Ironinya,ada maksud tersendiri.Kisah yg tercatat diatas satu lembaran adalah bukti.Yang terbukti,pernah berlaku dahulu kala lagi.Nmun,ade patah2 dan prenggan2 yg perlu dikaji dan dikenalpasti.owh..ya?kita tidak ragui.
Kita dihidangkan dengan sejarah yg kita juga tidak pasti.Dari awal menduduki menengah rendah sehingga tinggi ke universiti.Guru mengajar kita turuti.Kata senior,guru perlu dihormati.Kita junior,angguk dan cuba mengerti.Itu juga adalah sejarah diri.
Masa berlalu,
Sehari belajar,kita mengenali.Sejarah itu apa yang lalu,apa yang tak pernah kita ketahui.
Dua hari belajar,kita semakin meminati.Kita bangun dan terus mengacukan soalan,cikgu menjawab apa yang didalam fikiran.Kita puas hati.Duduk dan menyendiri.Berdiam?Tidak mungkin sekali.Masih ada yg diragui.
Tiga hari belajar,ada yg mengelirukan.Kita bangun lagi,kali ini cikgu suruh kita mencari sendiri.Kata cikgu,itu bukan dalam silibus.Kita pasrahn da cuba mengerti.Duduk dan menyendiri.Kali ini kita perlukan yang pasti.

4,5,6,7…100hari,kita tidak lagi bangun.Kita mencari dan mengkaji.Ahh,buku ini.Terlalu banyak tersembunyi dan tersepi.Sejarah mana yg perlu kita cari?Sejarah mana yg perlu ku teladani?
‘tidak mungkin kita akan membina sejarah,sekiranya kita tidak mengkaji sejarah’
‘Ummat islam tidak bangkit kerana tidak mengkaji sejarah’
‘Beruntunglah bagi mereka yg mengmbil iktibar’-al-quran-
‘Beruntunglah bagi mereka yg berfikir’-al-quran-
‘mllm,ana nak pmr.Mana nak study dulu nie?Mana nak bace dulu ni?wat latihan ke?cane ni mllm ,cuak ni.Tolong la ana mllm.
‘nta amek buku ni ,maen jauh2’mllm menjawab dengan selambenye~
Usah penin2.Penin kita berteman.Nah! buku yg pasti,tepat dan tidak mengelirukan.Bahkan bahtera kala kita dilautan bersama ombak2 kemusnahan fitrah manusia.Namun,jarang2 sekali diselak oleh anak Malaysia kini.Malah,intelektual2 menolak ia ketepi.
Anda?Bagaimana silibus hidup anda?
p/s:Berusaha mengkhatamkan buku Sejarah MALAYSIA ting1,2 dan 3 demi.Sy sudah kembali ke Hira'.Sy ingin berbakti bersama janji2 dulu.Yang pasti bukan sebagai seorang pelajar.:).
next 'favourites' books..
Tuesday, August 19, 2008
Ar-raid : sempit itu luas


satu2nye persembahan thn 2008.Episma UM 2008.
-+ vocal terbaik Episma 08 :).
Ala kulli hal,Aiman suda berangkat ke Mesir.Uma berangkat ke indonesia Sabtu ni.Awidz suda ingin berkerja.Sy juga.Syed dan fuad bersama STAMnya.Usamah dan buku2nya.Jerry?ntah sesat kemana..hehe.Ar-raid tido smule untuk tahun ini. :),jumpe lg tahun 2009!hehe..
'dan dialah yg telah menjadikan ukhuwah itu luas didalam kesempitan'
usah perlekeh ukhuwwah,pd sekecil2 perkara walau anda bijak pada yg lebih besar darinya.
wallahualam.
episma 08'
Tuesday, August 12, 2008
update! di Embun-embun cinta
---'‘Ahhh..sudahlah saiful,anta sengaja dengki dgn ana.Semenjak dr dulu ana tahu niat jahat anta.Sudahlah tidak ada akhawat yg mahukan anta,anta pulak nak menyibuk2 ditepi kain orang.Benar la kata pepatah,kawan yg baik itu juga boleh menjadi musuh yg 'baik'---
Bersujud pada si Cinta
-cerpen terbaru di blog sisipan EMBUN-EMBUN CINTA , http://www.embunpagibersahaja.blogspot.com/ .
syukran,salam.
Tuesday, May 20, 2008
mesej dr Mesir : 'minat dan suka'
thn 2007,smpt di Karnival Futsal IM Metro.
cOREt2 santai ntuk adik2 hira'.
Salam alaik,akhukum fillah.Semoga sentiasa dilembayung rahmatnya.
Kebiasaanya setiap pg sy akan menghabiskan waktu dihadapan laptop.Satu persatu laman2 yg sy rase bermanfaat sy layari.Antaranye 10-15 minit sy habiskan untuk membaca suratkabar on9.Hari ni sedikit berite menarik yg membuatkan sy tersenyum..:)
Sy tertarik dgn sebuah rencana di seksyen ARENA bertajuk 'Misi Geng tahfiz' di Harian Metro,20/5/2008.Sy seakan dpt mengjangka sesuatu..
-------------------------------------------
‘TAGHYIR’ adalah perkataan dalam bahasa Arab, membawa maksud ‘perubahan’. Justeru penyertaan lapan anak muda dari Sekolah Menengah Islam Hira, Batu 18 Jeram, Kuala Selangor yang tampil buat kali pertama di Karnival Futsal i-Metro, Zon Tengah bertekad untuk membawa impak perubahan kepada pasukan itu.Biarpun tidak mendapat bimbingan daripada jurulatih, pasukan yang dikenali Taghyir FC itu dibarisi lapan pemain bertekad menyempurnakan misi serampang dua mata.Bagi kapten pasukan, Amirul Aiman Muhammad Kamal, 18, berkata dia mahu memastikan barisan Taghyir FC dapat mempamerkan bakat masing-masing selain membuktikan tiada halangan dalam bersukan biarpun bergelar tahfiz Al-Quran.
Menyedari setiap pemain pasukan itu mempunyai bakat terpendam, Amirul sedar hanya dengan menyertai pertandingan dapat membuka minda setiap pemain terhadap kemampuan mereka.
“Maksud Taghyir adalah perubahan. Kami mahu membawa perubahan dalam diri kami dan juga corak permainan kami. Kalau boleh kami mahu melangkah ke Grand Final dan muncul juara Zon Tengah.“Biarpun tanpa bantuan jurulatih, kami yakin boleh berjaya kerana kami mempunyai skil dan kelebihan sendiri,” kata Amirul yang pernah terpilih untuk menjalani latihan futsal negara bawah 20 tahun.
-------------------------------------------------
Alhamdulillah,adik2 sy dihira' meneruskan perjuangan bolasepak yg pernah sy tinggalkan ngn tman2 yg lain,smpai masuk paper dah.:)hehe.smoge antum berjaye hendaknye.Alla kulli hal,ade yg ingin dikongsi.
'.Berlari dan menjaringkan gol tanpa minat dan suka?mustahil..melainkan terpaksa.'Minat dan suka' mmpu menutup beberape perkara yg harus lebih kehadapan.Minat dan suka juga mmpu membawa beberape perkara kehadapan dengan kesungguhan.Minat dan suka tanpa kefahaman,ibarat menantang air didalam baldi yg bocor.
ibnu muqaffa' -'aku tidak melihat didalam berlebih lebihan didalam sesuatu perkara dan disana tiada tanggungjawab yang akan terabai'.Itu satu.
dua.'smbang2 rehal'.
selepas spm sy smpt meluangkan wktu mengulang al-quran di Maahd Hira'.Sy masih ingt dgn jelas 'sembg2 rehal ' sy bersame seorang junior disitu.
- abg cube tgk die(kwn sy,bks student) tu,bile die dtg,semue org berkumpul kat die.Sbb die terer nasyid kan?semua org tanye kat die.
- mm,jdnye?nta nak menasyid jugak ke?
- eh,takde la.Kenape abg tak teruskan main bola sungguh2,main kat luar negara ke?main untuk Malaysia.Abg kan ade peluang cerah.
- eh,kalau abg bwat camtu,tak dpt la abg smbg2 ngn nta nnti.sy berseloroh.
- ish..bukan.kalau abg btul2 main bola.Sampai hebat.Abg masuk mane2 kelab2 popular pastu jd tunjang belakang kat sane.Dalam mase yg same abg ni al-hafiz,hafal quran dan amalkan islam sepenuhnye.Bile abg pegi satu tempat suara abg akan didengari.Mcm la kwn abg tu,dgn bakat die bernasyid die mmpu mengumpulkan manusia.Inikan satu jalan?
perbualan tu masih pnjg,tp sy berhentikan disitu.Seorang budak 13 thn mmpu memikirkan kesan jngka pnjg dr 'minat dan suka'.Sy sngt tertarik.Mungkin 13 thn blum cukp mmberi pengalaman pdnye.Melihat aspek dakwah dlm 'minat dan suka' amt baik.Dakwah ini mngkin mnjadi lebih laju dan bersungguh bila jalannye brade didalam 'minat dan suka'.Ia tetap subjektif.Mungkin baik dan sebaliknya.Tetapi, bila meletakkan perkara 'minat dan suka' didalam agenda dakwah.Maka cabarannye tetap ada.
- akhi,ana rase ana semakin jauh didalam dakwah ni.Mungkin sahabt2 melihat ana bernasyid menyampaikan mesej2 baik,tp dlm hati ana Allah shj yg tahu.Ana tak mmpu menahan masalah hati.Secara jujur,bila dah berada di atas , perempuan n popular hampir menutup agenda asal ana.
ini salah satu luahan seorang shabat ana.Tanpa hadaf yg jelas,himmah tinggi dan mujahadah kuat,berada dijalan 'minat dan suka' untuk berdakwah,Sukar.
tiga.Inilah kita.
pabila kita berada di atas jalan 'minat dan suka'.Kebanyakkannya kita akan berkomunikasi dengan manusia.Dan, 'inilah kita'.Untuk adik2,beginilah kita.Bila kita memulakan perlawanan,doa kita dahulukan.Bila kawan buat silap,ukhuwah kita kedepankan.Bila gol dijaringkan.:),sujud syukur kita hmparkan..Ini basic kan? :),jgn tercicir ye..
empat.Kuasai.
Mencari titik pertemuan bersama mad'u sngt pnting.Titik pertemuan itu pula perlu diperhati.Agar ia tidak terjerumus didalam perkara haram dan maksiat.'Minat dan suka' boleh menjadi titik pertemuan dan membuka ruang bersama dgn mad'u.Didalam masa yg sama asas dkwah,kasih sayang dan tautan hati mmpu dibina didalam 'minat dan suka'.
Lima.
'lisanul hal ahsan min lisanul qaul'
Enam.
jgn benti main bola! :).tunggu ana balik.6 tahun lagi.
-------------------------------
As-Syahid Syeikh ahmad yassin:
'Tidak ada padanya seorang pejuang ini waktu yang sesuai dan tidak sesuai untuknya berkhidmat untuk ummat'-kata2nya ketika mana seorang pemuda meminta maaf kerana dtg mengadu pdnya masalah diwaktu pagi2 buta dikala manusia sedang tidur.
alaikum binnajah fi imtihan FUTSAL..:)-WASSALAM.
Saturday, May 17, 2008
nota kaki~

5 Ibnu Abbas,Hira' 2006 ,
Tika berada di awangan zaman persekolahn.Tanpa ujung pangkal,perasaan sy bercampur baur tgk balik gmba ni.Suka,snang ,susah,matang ,x matang,gagal,berjaya,- semuenye terkumpul dlm satu thn yg penuh mencabar.TUP TAP..berterabur kemana semuenye.
-->untuk adik2 di hira'-satu shj.
'Sebaik-baik manusia ialah yang banyak memberi manfaat pada masa lain(bkn untk diri sendiri shj).” (Riwayat Qadha’I daripada Jabir).
'PRODUK' yg dihasilkan 'kilang' ini adalah untuk 'BERBAKTI' ,bknnya 'MEMENUHI'.
-->untuk sahabat2 yg sudah di 'dunia' sendiri.
-maafkan andai kita terus dibezakan.Hanya satu menjadi ikatan, pabila kita berada di atas satu TUJUAN.Yakinlah ukhuwah diatas tujuan ini tidak mngkin dipisahkan hnya kerana jarak dan sesaran.
wallahu'alam.
Sunday, May 11, 2008
Isu 'Peti Ais'
Isu ‘Peti Ais’
APABILA Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders menghasilkan filem pendek berjudul Fitna, umat Islam seluruh dunia tersentak, masing-masing marah dan mengamuk kerana perbuatannya menghina Islam.Umat Islam di seluruh dunia mengadakan demonstrasi, membawa sepanduk dan mengutuk pembikinan karya terbabit.
Kemarahan juga menyebabkan gesaan supaya produk keluaran Belanda di negara Islam diboikot.Umat Islam memang berhak marah dengan tindakan pihak tertentu menghina Islam termasuk Nabi Muhammad s.a.w kerana Baginda adalah pesuruh Allah.Tetapi sejauh mana tindakan umat Islam itu memberikan kesan kepada ahli Parlimen terbabit dan negaranya?Apa yang berlaku selepas berdemonstrasi, semangat umat Islam seperti hangat-hangat tahi ayam. Mereka kembali berpeluk tubuh dan melupakan agenda jahat bukan Islam.Mereka terus dengan angan-angan, sehingga satu pun tidak terlaksana, sedangkan bukan Islam terus berusaha menjatuhkan orang Islam.
Justeru, apa tindakan umat Islam bagi menghadapi keadaan bukan Islam yang terus menghentam dan menghina Islam, apakah cukup dengan berdemonstrasi atau membawa sepanduk?
Berita Harian,April 2008
think~
OUTSIDE BOX..
Sedangkan ar –rasul sendiri tidak ‘mengamuk’ apabila dihentam batu batuan dari kanak-kanak quraisy di taif.Juga Nabi tidak marah apabila lehernya merah akibat jerutan serban oleh seorang arab badawi.Malah baginda tetap tersenyum.
Tetapi,jelas kelihatan diwajah nabi kemarahan tatkala islam diperkotak katikkan.Bukan kerana dirinya tetapi kerana Allah s.w.t.Tatkala ada yg cuba mencerobohi kesucian agamanya disitu ‘kemarahan ‘ nabi tercipta.Benar,kemarahan kita pd agenda zionis dalam menyiarkan karikatur nabi dan sebagainya.Itu adalah tanda iman masih berada didada walau sekecil zarah.Namun,sejauh mana keberkersanan dan implikasinya pd diri kita?ummah dan islam itu sendiri?
Umpama seorang anak.Apabila keluarganya dicerca dan dihina.Lalu apa tindakanya?Mengangkat sepanduk?Melaungkan kalimat2 perjuangan di sekitar jalan dan sebagainya?Ia tindakan yang sangat baik dan insya Allah,diterima sebagai amalan hasanah disisi Allah s.w.t.CUMA,
Disetiap kebangkitan kita,usah terlalu memikirkan kesannya kepada musuh YG MERANCANG 100%.Namun ,sejenak merenung kpd nasiib pemuda dan pemudi islam yg akan menjadi tonggak kebangkitan ummah.KERAJAAN ISLAM mana yg tidak MENGUTUK tindakan menyiarkan karikatur nabi dan filem yg menghina islam?Boleh kita anggapkan semuanya mengutuk dari sudut yg berbeza mungkin.NAMUN,cukupkah kutukan terhadap itu menutup pintu2 yang lain yg lebih ‘terbuka’.HIBURAN?FILEM2 EROPAH?PAWAGAM2?..Bagi kita yang Nampak,ia lebih memberi kesan kepada remaja dan pemuda islam itu sendiri.Mengapa?
Penyiaran filem Fitna dan karikatur nabi,mungkin menunjukkan kelemahan ummat islam dan akan memburukkan imej ummat islam.Itu kita akui,dan kita menentang untuknya.Menyimpanglah mereka yg menyalahi fakta ini.Tetapi berhenti sebentar didalm kotak fikiran itu, lihat kpd kemasukan filem2 barat berunsur lucah,meruntuhkan moral dan bertentang dgn nilai murni islam serta pelbagai bentuk hiburan lain sejak BERABAD-ABAD,bukan shj menunjukkan kelemahan ummat islam,tetapi MELEMAHKAN UMMAT islam.Itu lebih kita risaukan!Ia melemahkan kita sendiri.NAMUN,dimanakah pula kain rentangnya?dimanakah pula boikotnya?dimanakah pula SEMANGATNYA?
Kita melihat bagaimana dizaman islam yang dibawa oleh Habibuna Muhammad s.a.w.Kutukan,penentangan,dan segala mcm perkara yang dilakukan pembesar quraisyh tidak pernah menggusarkan nabi dan sahabat.Bahkan ia ‘diterima baik’ oleh Rasulullah,,Itu sudah menjadi sunnah orang berjuang.Tetapi,apabila anasir2 yang membawa kpd jauhnya sahabat dari ajran islam,Rasulullah sngt berdukacita dan menentang dengan sekerasnya.Disini kita melihat bagaiman priority yg diambil oleh Ar-Rasul itu sendiri.
Seharusnye kite ‘berterima kasih ‘ kepada ahli parlimen tersebut yang sejenak membenarkan kita membuka mata melihat takat dan level ummat islam dimata dunia itu sendiri.Tanpa segan silu pihak2 ini menjatuhkan dan mempermainkan islam.Adakah kerana mereka ini kuat?Dan memang diciptakan sebagai kaum yg kuat?Perihal contoh kpd YAHUDI laknatullah,mereka adalah bangsa penakut dan pengecut didalam sejarah,namun,dek kerana kelemahan kita ,ketundukan kita.mereka menginjak2 kepala kita secara sedar dan juga tidak.
Apakah peranan kita sebenarnya terhadap isu PETI AIS ini?
-kita seharusnya menyedari ,langkah kita kini bukanlah semata2 dan menjadi keutamaan untuk menentang pihak musuh secara terang terangan(mengangkat sepanduk,berteriakan dan etc).Namun isu seumpama ini,SEBENARNYA menjadi MODAL untuk kita membuka jiwa2 remaja dan pemuda pemudi islam yg sedang tertidur ttg perancangan zionis dan musuh2 islam.
-isu ini tidaklah memberi effect yg besar kpd kekuatan islam.Sekali lg ia sebenarnye menjadi modal terhadap kesedaran ttg tahap kelemahan ummat islam sendiri.Kita seharusnye mengmbil lngkah menjelaskan kpd ahli keluarga,sahabat,kawan2,adik2 kita ttg ‘penentangan dan kutukan’ yg sebenarnya sudah lame menyusup didalam budaya islam .Inilah yg menyebabkan mereka (musuh islam) berani mempermain2kan islam sprt mane yg berlaku.Kerana ummat islam sendiri lemah dan telah ‘diserang’ pemikiranya semnjak dahulu lg.
-kembali pd diri,dan sering menginsafi...:)
Al-Quran(Al-baqarah 120)
'Tidak akan redha ke atas kamu Yahudi dan Nasrani,sehingga kamu mengikut agama mereka'
Wallahualam
-mlm exam ,Anatomy Mcq tomorrow..Alaikum Bittaufiq wannajah.
Saturday, April 26, 2008
edisi ana enti:'die' ketakutan...
smoga bermanfaat

Sewaktunya sy menulis ini sy baru sahaja pulang dari kuliah di university.Dek kerana lab n kuliah kedua2nya dibatalkan ,Allah benarkan tenaga ini digunakan untuk menulis sedikit diruangan ini..
Pg ini sy mengambil keputusan untuk menuju ke university lebih awal berbanding sahabat2 saya.Alhamdulillah sesampainya ke dalam univeristi,sekali lagi Allah benarkan sy untuk mengerjakan solat Dhuha terlebih dahulu.Seperti kebiasaanya disetiap kali selepas solat,sprt juga anda ,serangkap demi serangkap doa sy panjatkan pd Yang Maha Esa.Cuma dihulunya ..‘1 message received’..sejenak ,I got a message from my Lord.Beberapa perkara khusus berlari2 di setiap inci otak sy.Pantas sy cube menghilangkan buat sementara waktu dan menghabiskan ‘permintaan2’ sy pada Allah.
Selesai segalanya,lantas sy menyandarkan badan yg masih didalam kesegaran wudhu’ ini di sebuah sudut yang terpencil di surau university tersebut.Nyaman dan damai sekali.Beg biru yangdi hantar oleh ibu dari Malaysia sy capai,isinya sy keluarkan.Sebuah buku physiology kehijauan sy selak.Helaian demi helaian,bacaan demi bacaan.Satu pun sy tidak dpt focus.Mengapa?..sbbnya perkara tadi masih lagi berlegar2 difikiran sy.Seakan2 meronta ronta untuk dikeluarkan dan diterjemahkan.tapi.,ape?
Mungkin agak janggal bagi anda dan saya meniti mata kita dari `K’ sehingga I’` pada tajuk diatas.Tapi,inilah perkara yang bermain difikiran saya ketika itu.Sy pun tidak tahu dari mana pangkalnya dan dari mana hujungnya.Cume yang saya tahu ,ade lelaki yang sedang ketakutan disekeliling kita sedang mencari jawapan,jawapan bagi setiap soalan untuk dirinya.Sekali lagi pantas jari jemari ini berfungsi,kali ini untuk menutup helaian2 buku physilogy sy,ade perkara yang perlu diselesaikan..
Lelaki2 owh lelaki..jgn takut..Allah kan baik~
Saya insan biasa.Tetapi sukakan sesuatu yang luar biasa dalam keadaan yang biasa2.Jadinya,kalau ade salah dan silap,sama2 kita saling melengkapi..moga Allah kira ini sebagai usaha untuk mendapatkan keredhaan nya..
.huuh..panjang dah muqaddimah ni..afwan..
,sembang saje..Kini,Allah bagi rezeki untuk terjemahkan balik satu2 ,Alhamdulillah..
- ‘yer,memang kite perlu yakin dengan jodoh yang Allah bagi kat kita,tapi kita kena ada usaha..’
- -‘usaha’?
- ‘a’a ,usaha..’
- ‘oo00oo,usaha..’
-Tamat-
Maka merentasi masa,sy melihat bermacam2 usaha dan berjenis2 usaha yang ada kat muka bumi ini,didalam mencari jodoh atau pasangan hidup..
‘usahalah kenal dia,sms laa’
Yang tu pulak..
‘isk ,ape susah..bercinta la,baru kenal..’
Yang ni..
‘baik ko tackle cepat,sebelum die ditackle kan orang lain.melepas kau..’
‘alamak,melepas laa aku dia,tak tau kenapa ‘..
Yang tu..
‘isk,bosannya kawin,kalau aku tau..aku taknak bercinta dulu..’
Yang ni..
‘buang masa aku jer..last2 bukan sesuai pun…
Ape yang sahabat2 boleh bayangkan didalam kedua2 situasi dialog diatas?.Ape yang ingin sy sampaikan? .Ruang ini sy ingin memotivasikan lelaki2 yang mungkin sedang dalam ketakutan dlm mengharungi hidupnya seharian(ingt,sy pun lelaki juga.=)).TEKNIK & TAKTIK:
1)Letakkan kenyakinan yang tinggi pada Allah swt.Usaha sebenar bukanlah terletak pd sms,pada chatting,pada tackle menackle atau pada apa yang menjurus kepada sebuah perhubungan sebelum kahwin.Tetapi USAHA sebenar seorang lelaki adalah menahan segala galanya dari perkara yang menjurus kepada itu.Itulah USAHA sebenarnya..
. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti’
2)Setiap lelaki inginkan wanita yang solehah untuk mengasuh dan mendidik anak2nya.Ketakutan lelaki akan muncul apabila bertemu dengan calon pilihannya dan risau akan kehilangannya.Ia akan berusaha untuk mendapatkan wanita tersebut dengan cara yang berbeza2
- Untuk yang kurang pendedahan agama:Mungkin mengambil jalan untuk bercouple(dating etc)
- Untuk golongan pertengahan :Biasenya akan menggunakan ayat2 kiasan,jelling menjeling dan mungkin bercouplu tapi istilah ‘bercouple dalam islam’ …
- Untuk golongan yang didedahkan dgn agama:Ini bahaya!..ramai juga pejuang2 yang bertungkus lumus didalam agenda dakwah dan sebagainya dimata manusia,gugur di persimpangan ini.nauzubillah min zalik.Sehingga ada yang sanggup menghadiri prog2 tarbiyyah hanya semata hadirnya zaujah pilihan dihati.Ada juga yang menganggap diri masing2 sebagai sahabat juang,lalu meluahkan masalah2 didalam perjuangan bersama2,sedangkan wujud jantina sejenis yang lebih afdhal?..akhawat lebih memahami?.sudahlah,syaitan lagi memahami....astagfirullahal adzim,jauhkan lah semua ini dari kami Ya ALLAH.
Firman Allah ini sgt popurlar,namun ramai buat2 tak tahu ttg kehadiran isi kandungan yang ingin disampaikan .
-ianya adalah ‘mendekati’ ,bukannya ‘melakukan’ ..Allah ingin mengajar kita supaya tidak mendekati cabang2 zina,walau seinci!..subhanallah.nauzubillah..ihfazna ya Rahman..
Ingat,sahbat2 sekalian..sekirannya benar dan ikhlas tujuan kita.usaha kita yang sebenar adalah usaha menghalang segala `usaha2’ yang akan menghalang kan kita mendapat cinta seperti cinta Rasulullah dan Khadijah.Allah tak zalim,cinta suci,peliharalah kesuciannya....
Formula :Yakin + islam’s way =isteri @ suami solehah..=)
Insya Allah..specific for me,but rugi kalau tak disebar2kan..kan?..manfaat bersama..
Andai sy juga terleka,ingtkan lah sy..sy juga seorang lelaki..:)..
Syukran ‘ihfazillah yahfazka’..salam ukhuwah..
..the only way..rite?
Wednesday, April 23, 2008
edisi 3r:Misi mencari bintang
katenye ade waktu siang..
menunggu,mendongak..sejam due...
'takde pun..' 'entahlah,aku pun dh reput upper 5thoraxic vertebrae aku nih'..
'tak kuar2 pun'

'tak jumpe jugak ke man..'
'ko cari bintang ke cari org kat bintang akhi?'
'cari bintang laa...'
'ubai!!mane ade bintang kt bawah tu..'
'taik bintang daa'..:)

'haaa..akhi..tu die!!'
'eh..a'a..tu..'
'nak amik buah ceri pun kene panjat pokok laa akhi,inikan bintang..'
panjat atau terus menunggu?
yg mana satu?
(p/s:menerima nasihat agr memperbnykkan gmbr DiMESIR..=) )
-edisi 3r(Relax n Rehat n Respon) hehe ..baru selesai exam praktikal first year Medic Mesir.Robbuna yusahhil..
wallahu'alam..
Sunday, April 20, 2008
edisi ana enti:masihkah ada khadijah kini?
salam,setelah lama edisi ini berhenti,syukran kpd yang mendoakan..'sesiapa yang Allah inginkan hidayah padanya,nescaya akan dipercepatkan dan tidak dihalang untuknya...
wallahua'lam
dimanakah dia?
Permataku,engkaulah penghuni syurga kelak,
1..Pulangnya aku kerumah telah kau sediakan sebatang tongkat.Tatkala itu kau bersedia merelakan dirimu dihukum olehku kerana bagimu mungkin pernah melakukan kesalahan padaku dikala aku lelah mencari nafkah dan berjuang diluar sana..
2.Pulangnya aku kerumah,telah engkau sediakan air.Air ini hanyalah segelas yang cukup bermakna buatku yang kehausan semenjak perjalananku pulang tadi.
3.Pulangnya aku kerumah,telah kau berhias dan berwangi wangian untukku.Letih mata tadi hilang sekaligus bila memandang wajahmu tersenyum padaku.
(mafhum hadith ciri2 wanita penghuni syurga)
Terus engkau menghulurkan salam bersama tanganmu ,aku menyambutnya.Tangan lembut itu amatku rindu. Sungguh indah pekerti engkau berbudi.Seperti Aisyah yang sentiasa menjadi qurratul a’yun untuk nabi,seperti Khadijah yg sentiasa menjadi tulang belakang nabi.
Namun,Masih adakah Khadijah dimasa ini?
Lihat bagaimana Allah meletakkan khadijah disisinya.Sebagai tulang belakang dan pemangkin dalam setiap perjuagan dakwah baginda.Allah telah memberikan khadijah sebelum lg nabi diangkat menjadi nabi dan rasul.Dikala nabi merasa gelisah dengan kemungkaran masyarakatnya,khadijah insan pertama memahami suaminya itu.Malah ,beliau membekalkan makanan dimasa nabi bertahannuts di gua.Juga tatkala mana suara asing yg didengari diHira’ cukup menggetarkan seluruh tubuh manusia agung,hadirnya khadijah menyelimuti baginda.Hadirnya beliau ntuk memberikan kekuatan dan sokongan kepada nabi.Telah Allah ciptakan jiwa wanita amat memahami lelaki,Naluri wanita untuk menghayati seorang lelaki,kasih wanita untuk memberi kekuatan pada seorang lelaki.Begitulah setiap kelebihan ini membantu seorang manusia agung untuk memberikan cahaya kepada kepada seluruh alam.Seluruh alam merasai kesannya peranan besar seorang WANITA bernama saidatina khadijah.Andai adanya khadijah kini,pastinya ada yang cemburu….
Diriwayatkan dr Aisyah, beliau berkata:
"Rasulullah hampir tidak pernah keluar dr rumah sehingga Baginda menyebut-nyebut kebaikan tentang Khadijah dan memuji-mujinya setiap hari sehingga aku menjadi cemburu, lalu aku berkata: Bukankah beliau seorang wanita tua, yg Allah tlh menggantikannya dgn yg lbh baik utk engkau? Maka Baginda marah sampai berkerut dahinya, kemudian bersabda: Tidak! Demi Allah, Allah tidak memberiku ganti yg lbh baik darinya. Sungguh Khadijah tlh beriman di saat manusia mendustakanku, dan menolongku dgn harta di saat manusia menjauhiku, dan dgnnya Allah mengurniakan zuriat kpd ku dan tidak dgn wanita yg lain.
Aisyah berkata:
Maka aku berjanji utk tidak menjelek-jelekkannya buat selama-lamanya."
Hebatnya wanita ini.Kekasih Allah amat memujinya selaku seorang WANITA.Benarlah peranan wanita ini dalam perjuangan baginda.
Namun,masih adakah Khadijah kini?
Kini juga masih ada pejuang2 yang ingin membawa risalah ini.Sepertinya baginda,mereka juga memerlukan ‘khadijah’ disisinya.Jika tidak kerana itu,bukankah dunia ini juga memerlukan ‘khadijah’.Owh,mungkin masih ada diluar sana.Mungkin kitajuga yang buta.
Mungkin kita terlupa ‘khadijah2’ kini lebih maju kehadapan.Mereka tidak lagi duduk dirumah menjadi pengasuh setia untuk zuriat bersama suami tercinta.Mereka juga seperti saidatina khadijah,berkerjaya.Mencari nafkah untuk anak2 katanya.A’a,tidak menjadi masalah rasanya,kerana khadijah juga peniaga yang berjaya.Namun,bila dibelek2 nafkah apa yang dimaksudkan itu?Wang ringgit kah?atau nafkah kasih dan tarbiyyah seperti mana yg diberikan oleh kekasih baginda itu walau beliau turut berkerjaya.Nauzubillah.
Kanan kekiri aku menggelengkan kepala.’khadijah2’ yang belum menjadi khadijah juga tidak kurang hebatnya.
‘Mengapa tidak berkahwin anakku?’
‘tak perlulah ibu,cita2 ku masih tidak sampai lagi.Kalau kahwin pun banyak keseronokan dan kesenangan hilang.Rilek dulu la ibu.’
Cita2?Apakah akan terhalang cita2 kerjayamu dengan berkahwin?Pernahkah perkahwinan ini menjadi penghalang kpd kerjaya khadijah selaku peniaga terkenal?Baginya,kerjayanya sebenarnya bermula tatkala beliau benar2 ‘berkahwin’ dengan baginda dikala umur baginda 40thn selepas peristiwa diHIRA’.Disitu kerjayanya selaku pendorong dan pembantu dalam dakwah nabi. Kesenangan dan keseronokan?untuk apa?adakah untuk menikmati dunia yang sementara ini sedang mati tak pernah meminta izin untuk tiba?..iftah qulubana rabb..
Mungkin masih ada ruang untuk menerima kenyataan balas itu.Bagaimana pula ini?
‘Mengapa kahwin awal ni anakku?’
‘ibu…err…rrr.sy dah mengandung’…
Mengandung?Baguslah ,bukankah meramaikan lagi ummat nabi Muhammad itu.Ambil lah nama yang baik dan bin kan untuk bapanya.Mungkin satu hari nanti bapanya tersenyum anaknya menjadi pejuang kebenaran.
‘bu,tp….sy tidak tahu siapa ayahnya..’
Hah?tidak tahu?bagaimana pula dengan ini?Ini hanya sebahagian kecil kes2 ‘menarik’ yg berlaku pada ‘khadijah’ kita kini.
Lihat.Hebat sungguh perancangan Zionis laknatullah.Bukan mudah mereka menjatuhkan khilafah,jika tidak kerana perancangan yang rapi dan aturan yang berhati2.Sudah mereka gagal dalam penawaran pertama2nya dalam menjatuhkan dakwah,iaitu wanita kepada baginda supaya meninggalkan dakwahnya.Sekali2 tidak bagi peribadi agung ini,tatkala khadijah sudah cukup segalanya menerima nikmat mengenali insane bernama wanita.Namun,Zionis tahu wanita juga bakal menjatuhkan semula khilafah yg telah dibina oleh baginda.Mereka lebih menghayati ayat al-quran berbanding kita.
Perancang mereka licik.Nauzubillah.Mereka Berjaya meracuni pemikiran ibu2 kita,hatta nenek moyang kita.
‘Kamu belajar la dulu,jgn gatal nak kawin.Kamu muda lagi.’
Sehingga mereka Berjaya mengubah corak pemikiran yang pernah diatur oleh kita.Dizaman khilafah,pemuda/I digalakkan berkahwin awal supaya masalah berkaitan hati dan syahwat yg sering melmbatkan tarbiyah itu selesai.Kerana itu,pemuda/I mampu menumpukan kepada agenda yang lebih besar.
Owh ya,Mungkin juga kerana risau kerana kesusahan bakal berlaku apabila sudah berkahwin nanti.Anak2,perbelanjaan,study dan sebagainya.Benar,Tapi,bukankah bersusah bergelumang dengan perkara halal lebih baik berbanding bergelumang dalam maksiat dan masalah berkaitan hati?Penting rasanya point ini dikongsi bersama.Juga,bukankah Baginda mengajar kita,cara terbaik adalah berkahwin selepas itu berpuasalah jika tidak mampu.Ar-rasul mengajar kita,perasaan di hati ini hanya perlu disalur melalui jalan yang benar,jika tidak mampu barulah kita menghalangnya dengan berpuasa.
Jika kita tidak bermula mengubah corak ini?siapa lagi mampu diharapkan lg? (shoot to me juga~:) amen.. )
‘Dijadikan perhiasan untuk manusia itu,syahwat dari perempuan dan laki2……’-al-imran-
Sebelumnya perhiasan2 dan godaan2 lain,Allah meletakkan syahwat wanita yang pertama.Sepertinya sangat penting mesej ini bukan?
Mesej ini lebih awal diterima dan diaplikasi zionis dan musuh islam dalam menjatuhkan khilafah.Kuasa wanita benar2 mereka gunakan dalam memijak2 kepala kita didalam diam.
Sehingga ulama’ sendiri berpendapat,
‘jatuh bangunnya sesuatu masyarakat/tamadun, lihatlah kepada wanita yg menjadi penghuninya,baiknya mereka,maka baik lah tamadun itu,dan begitulah sebaliknya’
Sehingga itulah wanita ini menjadi sangat berharga untuk dunia.Dan islam itu sendiri.Bermula dari peranannya khadijah terhadap nabi.Sehingga peranannya wanita dalam kejatuhan khilafah itu sendiri.Bersediakah kita menghadapi Allah selaku wanita yang melambatkan kebangkitan islam?atau lebih teruk lagi sebagai wanita yang menjatuhkan islam?.
Atau kita ingin tersenyum dan bertanya khabar Saidatina Khadijah disyuga nanti.Bersembang2 bersamanya dan sebagainya.
‘Khadijah2’ harapan ummah,kembalilah bersama peranan asalmu selaku khadijah.
-bERmanfaatnya artikel ini bersama hati mmbacanya yg benar2 ingin mencari jalan keluar…
wallahua'lam
Saturday, April 05, 2008
konfius?,mungkin ini solusinya..
Salam ukhuwah,
sy pun tak tau kenape terdetik jari ni nak bermain2 diatas keyboard usang ni.Hampir berabuk papan taip ni setelah sekian lame berenang2 dlm debu pasir mesir semenjak dua ni.Dalam fatrah imtihan bakal kembali dan buku2 yang tersenyum2 di sisi,sy baru selesai melepaskan kudrat demi menyatukan antara dua insan,Adam dan Hawa..
Alhamdulillah,tarikh 4 April 2008 ,menjadi tarikh istimewa buat Nik Mohd Fareez dan isterinya Noor Husna.Semoga kedua2nya didalam lembayung dan rahmat Allah s.w.t.Bermula dari angka 1,sehingga ke angka akhir,sy menguruskan perkahwinan dan pernikahan mereka di bumi mesir ini.Moga amal kecil atas para kesedaran ini diterima Allah s.w.t,Ameen.
Pelbagai perancangan Allah sy renungi dalam menyaingi perancangan sendiri.Kadang2 kita tak sedar berada dalam perancangan Dia dan cube mengatur perancangan or planning kita sendiri.
'wamakaru wamakarallah wallahu kHAIRUL makirin'
'Mereka merancang dan Allah menpunyai perancangannya,Maka ALLAH adalah2 sebaik perancang'
-ali-imran-
dari yang diduga dan tidak sehingga terlaksana.Akhirnya kita kembali pada dia yang esa.Dialah yang merancang terbaik untuk kita selagi mana kita berserah dan bertawakkal pdnya.
Bagaimana?
'kadang2 satu perkara itu disukai oleh kamu,tetapi tidak baik untuk kamu,kadang2 satu perkara itu dibenci oleh kamu,tapi ia baik untuk kamu'
-al-baqarah-
kita tidak akan mengetahui ianya adalah yang terbaik ataupun tidak didalam setiap perancangan atau pemilihan sesuatu dlm kehidupan.Tetapi Allah mengajar kita disana ada cara untuk memastikan ia.
'sesiapa yang bertaqwa pada Allah,maka akan ALLAH jadikanya jalan keluar dan rezzeki yang tidak disangka2'
sahabat2,
lihat sahaja pada kalimah 'taqwa'.Inilah yang akan menentukan ketenangan didalam setiap keputusan yang diambil dalam hidup.Dengan sahaja ketaqwaan ini,kita berani meletakkan keputusan tanpa was2 syaitan .Allah menjanjikan disetiap ketakwaan itu ada jalan keluar dan rezeki yang tidak disangka2.
bagaimana pula ingin mengintai takwa dalam membuat perancangan dan keputusan?
Rasulullah,
'At-taqwa ha huna'
taqwa itu disini..(hati)
diihati?bedah hati lihat taqwa?apa itu taqwa?
Rasulullah,
'..wa iza solahat ,solahat jasadu kulluhu,wa iza fasadat fasadal jasadu kulluhu'
'apbila ia sihat,maka sihatlah anggota tubuhnya,apabila ia sakit,maka sakitlah anggota seluruhnya'
'Ala wahiyal qalb'
'ia adalah Hati'
tak perlu bedah hati kita,lihat saja pada kelakuan harian kita selaku seorang hamba Allah.Dimanakah kita meletakkan akhlak yang mulia,ibadat yang ikhlas,amal yang jelas?
ia merupakan lambang sebuah hati yang sihat.
sukar?
gunekan ini..
'innamalla mukminunal lazina iza zukirallah wajilat qulubuhum,waiza tuliyat alaihim ayatuhu zadathum imaana...'
'sesungguhnya orang2 mukmin apabila diingatkan kpd ALLAH,gentarlah hati2 mereka dan apabila dibacakan ayat2 Allah,bertambahlah iman mereka.'
tepuk dada,tanyalah gentarkah hati keras ini menangis mndengar ayat2 neraka di dalam Al-quran?gentarkah pada Ayat2 azabnya?
atau..bertambahkan kecintaan pada Allah pada nikmat2nya?bertambhkah cinta kepada Rasulullah pd pengorbanan2nya?
akhirnya..bersedialah untuk tersenyum dalam setiap perancangan dan keputusan sekirannya kita melepasi step2 ini,biiznillah inilah keputusan terbaik untuk kita didalam perancangannya .
Bukan kanan atau kiri yang perlu dipeningkan dalam membuat keputusan.Tapi tanyalah adakah ia dari hati yang bersih dan sihat.
Kerna itulah kekuatan hati ini digambarkan sendiri Iman Al-Ghazali.
'mintalah fatwa(pendapat) pd hatimu.'
akhirnya juga..hati inilah yang akan dipersembahkan dihadapanNya.
'yaumala yanfau malu wala banun,illa man atallaha bi qalbin salim'
'hari yang mana tidak berguna anak2 dan harta,kecuali mereka yang hadir dihadapan Allah bersama HATI yang sihat.'
berputuslah didalam dua ketentuan!
wallahu'lam.
Wednesday, March 05, 2008
pulangnya bersama isu2
Salam alaik..
Salam prtemuan setelah kian lame berpisah..:)kite berdoa agar bertemuan ini masih lg atas dasar ukhuwah.Yang mana sentiasa menjadi slh satu batu2 kebangkitan islam.Moga juga semua dipermudahkan dlm setiap urusan.Cumenye,bersedialah untuk disusahkan.Kerana kegembiraan itu sendiri akan lahir dari kesusahan yg bertubi2.Tiada pejuang yg lahir dr kesenangan.Tiada istilah kesenangan dlm perjuangan.Jika anda berkata pejuang juga boleh lahir dari kesenangan.Maka sebenarnya tidak!Itu bukanlah jln seorang yg benar2 berjuang..
Wallahua’lm.
tip top...
Mase pantas berlalu dimesir,satu persatu isu terus dipertaruhkan di arena blogging.Satu persatu juga isu timbul di sekitar bumi debu mesir ini.Berada disini,cukup mengajar kite memilih ‘awlahiyyat’ dlm setiap amal.Sangt2 pnting!na’am..medan amal terlalu banyak untuk kita.Cuma dimanakah kepentingan disetiap amal?sejauh mana keberkesanan?
Fatrah mekah.
Apekah ‘ibrah atau pengajaran yg kite boleh dpt dr fatrah Mekah?mngapa tidak Allah mengarah ar-rasul membina terus khilafah/kerajaan di mekah?mengapa tidak ALLAH mengharamkan terus arak2 yg menjadi minuman masyarakat jahilliyyah ketika itu.?Juga amalan2 jahiliyyah yg lain.
Namun?,di fatrah inilah akidah diterapkan,jiwa2 dikuatkan dan peribadi2 muslim dilahirkan.Disinilah simen,kapur dan batu2 dicampur dan digaulkan sebelum digunakan untuk membina sebuah rumah.Tukang2 rumah juga bukannye calang2 orgnye.Engineernye juga adalah kekasih Allah sendiri.Biasenye engineer tidak turut serta didalam pembinaan sebuah banggunan.Tp,tidak untuk engineer ini!die bersama dlm segala aspek dlm sesebuah pmbinaan.
Maka lahirlah satu asas yg sgt2 kukuh.Asas2 yg telah diuji.Asas2 ini telah bersedia untuk berbakti dlm menjadi pasak di bahagian bwh rumah ini.Pasak inilah yg akan tetap setia walau dilanda badai dan topan saban hari.
Bayangkan saudara/i.
Kirennye rumah saudara/I dibina pd kekuatan elemen bawahan yg tidak kukuh?pastinye rumah ini akan mengalami bnyk masalah.Bila taufan atau banjir dtg melanda,keutuhannya amat diragui.Bahkan mungkin tanpa bencana2 juga rumah ini mampu untk runtuh dgn sekelip mata.Kerana itulah bertapa pnting tapak asas dan bhn asas yg membina sesebuah banggunan.
Saudara saudari,
Bersedialah menjadi batu,simen dan kapur itu.
Kabilah dan kafilah yg membawa risalah ini pasti terus berjalan.Kejayaan islam itu sesuatu yg sudah dijanjikan.Dimanakah kita didalam pembangunannya?Adakah kita bersedia menjadi batu-bata yg membinanya?Batu bata ini bersedia untuk menjadi tapak untuk batu2 yg lain.Batu-bata ini juga,bersedia untuk menahan segala beban dlm membina sebuah bangunan ini.Atau kita menjadi simen?mungkin juga kapur.
‘islam ini datangnya dagang(asing),dan kembalinya islam ini juga dlm keadaan dagang(terasing),beruntunglah org2 yg terasing’
-hadith-
Mode pelihanraya smakin memuncak,beberape persoalan bermain difikiran sy.
1)Andai Allah beri kemenangan pd parti yg ingin membawa islam.Adakah remaja2 islam ini bersedia untuk memikul amanah perjuangan?
2)adakah batu2 sepertimana yg telah dibentuk oleh rasulullah cukup ampuh untuk menmpung beban didalam perjuangan ini?
3)sejauh manakah fatrah dimekah menjadi rujukan dan ukuran?
‘Kita tidak mahu mengumpulkan angka2 kosong.Tidak boleh tidak kita perlu bermula dari bawah.’
-ustadz syakib arsalan-
Wallahu’alam,alla kulli hal,undilah diatas kefahaman dn jln yg benar.

















