Tuesday, February 17, 2009

''bayi tidak berbaju,fokus susu ibunya''



(jangan baca tajuk diatas sebagai sebuah ayat) =)
Salam.Bismillah walhamdulillah.Moga tuan mata-mata yang sedang mengekori butir2 tulisan ini terus berada dalam penjagaan Allah s.w.t.Ameen

Maaf diatas tajuk yg mungkin tidak berape menyenangkan dan megelirukan.Sukar memilih tajuk,menyebabkan sy menggabungkan tajuk2 yg terlintas didalam kepala sy untuk artikel ini kepada sebuah ayat  .Sudah lame sy kepingin menulis ttg ini,cuma masa kadang2 terlalu cemburu pd sy.Dan hari ini syukur,mngkin cemburunya ada batasan dan smpandannya juga.

Kalian ingt tarikh itu?Malaysia yg kalian syg itu peRnah digemparkan dgn kehadiran seorang bekas penyanyi nasyid yg berbakat ke dalam industry muzik(slain nasyid).Kehadiranya diakui dari segi vocal dan penampilannye.

Dan tarikh itu pula?Tarikh beliau mungkin diuji Allah s.w.t.Dan tarikh itu juga Allah ingin mengajar sesuatu pd kita.Sekali kali gmpar tanah air kita.Bermelodikan ‘’kau bagaikan udara,’’,manusia yg tdnya lengkap berbaju dan berseluar.Kini hanye setia bersama sehelai jeans lusuh sahaja.ah..Kalut juga nantinya.

ya ‘’Kalut’’.Seperti jam loceng.Ingatkan ayam sahaja berkokok dipagi hari.Rupa2 rupanya,kucing,lembu dan kambing juga ingin bersama2.Bukan sahaja kaki2 seni,bahkan menteri,dato’,yb2 dan selainNya turut bersuara.Lantang.Kencang.Masing2 bersama pendapatnya.

sup sap sup sap.Sepakat.Artis itu di’’ban’’ berbulan lamanya.wah.Hebatnya bi’ah Negara kita.Begitu serius dalam menutup unsur2 jahilliyyah.
ARTIS BERJANTINA LAINYA : ‘’Ah,lega..naseb baik aku tak di ‘ban’ skali.
SAYA? : terus terpinga2…bukankah artis perempuan itu lebih itu,lebih ini…ehh..

Selesai.
-------------------------------------------
‘’Nabila.Seorang bayi kecil.Baru sangat melihat dunia.Yang hanya menangis dan menangis.Mak bg mainan itu,nangis.Mak bg mainan ini,nangis jugak.Mak bg susu,nangis .Mak bg susu mak,diam .Nabila tak menangis lagi.

Itu kenapa?Kerana selahirnya nabila didunia,ibunya mengajar ,mementalkan nabila bahawa susu ibunya adalah segala galannya pdnya.’’
selesai.
-------------------------------------------
Apa dia pula yg ‘’tak berbaju itu’’
‘’Bila tak berbaju lebih ditakuti’’,seorang remaja lebih minat bercakap ttg cinta,menangis kerana cinta,dari menjadi seorang Salahuddin AL-Ayyubi juga Muhammad AL-fateh diusia remajanya.
‘’Bila tak berbaju lebih ditakuti’’,seorang menteri/pejuang/pemimpin lebih merelakan Agamanya tercalar,dari melihat anak2 atau isteri dicalari.Lebih dari itu,mungkin keretanya juga dirisaukan amat.
‘’Bila tak berbaju lebih ditakuti,seorang remaja Bermuda-muda dengan usianya di sana dan sini seraya bersama tema ‘’tua nanti beramal lah’’.Sedang mati pula.haish.Melambai2 sahaja pada kita.

saudara,
atas ini intro sy.Isu di bawah ini pula,fokus sy.
‘’Bila tak berbaju lebih ditakuti’’,kita lebih takutkan kehilangan kekuasaan,dari hilangnya kekuatan.Apa itu kekuasaan? Ya pemerintahan.Apa pula kekuatan?Tidak lain dan tidak,merekalah pemuda2 yg telah dididik secara istiqamah dalam ruang lingkup tarbiyyah,bkn hanya pandai bersorak dan bertempik semata.

‘’Bila tak berbaju lebih ditakuti’’,kita taasub membuta tuli persatuan yg kita bersama.Kita menafikan pula yang lain ,yg mungkin berbeza pula pd furu’nya sahaja.Katanya,tidak mahu perpecahan.Tp,kita lupa pula yg kita sedang musuh2kan itulah perpecahan.Pelik,yang bersyahadah besama pula sukar diterima berbanding selainnya’’
rasanya terlalu banyak jika disenaraikan.Kita boleh renungkan2 yg laen.
selesai.
-------------------------------------------------
Kenapa dgn cerita NABILA? ,Kerana itu formulanya.Lihat sahaja mana2 bayi yang lahir kedunia.Tanya mereka,kalau bolehla.Apa yang pertama perlu makan untuk hidup?Jika 10000 bayi lahir,pasti 10000 itu menjawab susu ibu mereka.

Ini kerana,susu itu mmg sebenarnya2 faktor utama.Kedua,kerana bayi2 itu suci.Tidak dikotori.Tidak diajar yg laen2 perkara lg padanya.Tidak dimentalkan selain dari itu.
Begitu juga kita.Kita memerlukan ISLAM (al-quran n sunnah) sebagai susu.Dan kita perlu kembali menjadi bayi,supaya kita terus bersih dan suci.TIDAK DIKOTORI NIAT.TIDAK DI KOTORI PEMIKIRAN MAKSIAT.TIDAK DIKOTORI HATI OLEH DUNIA.Dari situ insya Allah,sinar2 islam akan kembali.Kerana itu untuk melahirkan peribadi2 ini,tidak lain hanya dari masa2 tarbiyyah yg sngt istiqamah.Bukan sekadar menghulur borang dan mendaftar dan mengundi.Bila teras ini tiada,kerana itu kita akan melihat focus ummat semakin jauh seperti yang saya utarakan diatas,walaupun pada dasarnya bertempiklah kita ‘’Sy pejuang agama Allah ini’’ dan sebagainya

‘’Salahuddin,mempersiapakan saf2 tenteranya untuk bertempur dimalam hari peperangan.Hanya yang bertahajjud,bersolat malam dan bertadarus yang berada di saf hadapan’’ –itu focus Salahuddin AL-Ayyubi dan beliau berjaya,walaupun pd matematik manusia.Apa gunanya?.Biarlah yg sasa2 dihadapan.

wallahu'alam.
akhir kata,
Da’I yang melihat dunia ini,past akan bersedih dan berkata:
''Telah bekulah daya juang di hati manusia itu
Mereka leka mencari kekayaan dan kehidupan yang rutin
kealpaan orang-orang yang baik dan semangat orang-orang yang keliru
hampir-hampir menggoncangkan daku dari cita-cita dan perjuanganku.''

Da’i itu pun mulanya menyalahkan dirinya sendiri.. takut-takut dia belum
betul-betul menyampaikan dakwahnya. Tetapi, segera dia merasai bahawa dia
telah melakukan apa yang termampu. Dia cuba memujuk dirinya demi
menghiburkan hati dan membelai kesabarannya sambil bermadah:

''Mereka melihat daku di musim gugur, Lantaran hangatnya laguku,

Bergembira bersama rakanku si burung camar
Tetapi aku dilahirkan di bumi
yang dipenuhi jiwa-jiwa hamba yang seronok diperhambakan.''.

Moga bermanfaat.
wassalam.
Al- rafie berkata:
''Kamu mencipta kata-kata hebat hanyalah untuk berseronok dengannya.''
nauzubillah.


Tuesday, February 10, 2009

Agnabi fi MISR ?Entry ini untuk anda

( with erti persahabatan’s (dehearty) mode)
Salam alaik.11.39:47 .mule menaip.

Sebentar lagi,bertambah lg 1 saat,1 minit, 1 jam dan seterusnya.Masa terus memakan usia,jarak,peristiwa,duka,sedih,gembira dan segalanya.Yang pasti segala yg laen akan berhenti,dan die,si masa itu terus berlari.constant dan istiqamah.

hari ini entah berape kekecewaan telah dimakan oleh masa.zup zap,zup zap,satu2 hati luruh,berderai sambil masa terus memerhatikan.Yang celik,mungkin terus bangkit mencari hikmah dihantar oleh AL-KHALIQ.Yang leka,mungkin menitis hujan dibirai mata yg terus lalai.
kekecewaan?,
pilihlah anda dimana.


putus cinta (knpa perlu pertama? =) ) ,repeat paper,carry paper,duit hilang,ayah marah,gado dgn bini,bertengkar dgn ahli beyt,hilang kawan,hilang harta,tak dpt kawin,taqdim ditolak,tolak taqdim? ,duit tak cukup,terase hati?,program tak jalan,cadangan tk diterima,gaji rendah,markah rendah,pekerja curik tulang,syarikat bangkrup.

sy tk mmpu listkan untuk anda.anda tambah sendiri untuk anda.Ya2,yg itu .YANG ANDA sdg FIKIR ITULAH,ITU KEKECEWAAN ANDA.usah bohonglah anda selalu bahagia2 saja.Di Tanjung Rambutan tiada internet rasanya. :) (anda akan mula tersenyum slpas 2 saat).

sy tak perlu panjangkan enty ini.Jawapan kekecewaan yg anda cari suda jelas dan tidak perlu disuluh.
kita yakinlah.``BENTANGKAN SEJADAH’’ ,ITULAH PENYUDAH.Selepas itu, kita akan bersedia toleh ke cermin untuk melihat kembali sekuntum senyuman.Tolong kwn,jgn cari jalan lain.Syaitan tiada cuti seperti kerja2 kita.

ok.sy sertakan seperti janji ditopik itu.Ini hadiah2 katenangan yg BUMI DEBU untuk kita.
1.Berjalan-jalanlah sekitar Mesir,usah beramai2.Lebih baik keseorangan.Lebih baik berjalan kakiGerakkan akal anda semase berjalan.Kerana ia mesir, sesuatu anda akan perasan.

2.Maghrib dan Subuh extra untuk anda jika anda lelaki.Subuh anda dimasjid,’lepak’ disana sampai fajar meyingsing.Begitu juga Maghrib, ‘lepak’2 dulu sampai isya’.

3.Carilah kawan,dari kalangan fakir2 miskin.Banyak,anda boleh cari di jalanan,berilah die sekuntum senyuman,dan tunggu kembali senyuman balasan darinya.Anda akan belaja sesuatu darinya.


4.Anda ada waktu selepas Asar?.Anda cari taman,di sana ade banyak kanak2 kecil yang bermain2.Comel2 mereka.Mereka juga mengajar anda.Bahkan tanpa bicara.Kenape ya?


5.Owh ya.Anda perlu ada kawan kecil.Sekecil yg mungkin.Carilah yg comel2.Anda akan tersenyum bila bersama2nya.


6.Anda keluar rumah.Anda jalan2.Sapa shj sesiapa org arab di tengah jalan,kemudian anda cerita masalah anda padanya.Jgn ambil contactnye,Jgn berikan contact anda padanya.Munkin anda tidak berase tertekan bercerita pd manusia yg anda tak kenal.Namun,mungkin anda akan dpt pula sesuatu walau skali anda bertemu dngnya.


7.Jika ada van ‘bank dam’ atau terjemahnye bank darah.Anda submit name,anda .Derma darah anda.Usah tanye sy mengape ia boleh berikan anda ketenangan.Buat shj.:)

8.Anda MEDIC student?,shuh2.Sila bawa diri anda sebentar ke kawasan dirasat.Dan begitu sebaliknya.Kadang2 katak juga masuk ke dalam air.

9. tak leh jugak? ..GI KAWEN LA..hehehe..


k,stakat tu dulu.lewat sngt da ni.insya Allah.tunggulah 1bulan lg post.hehe.
(tetibe membe masuk bilik td :
``bebudak gi mane?’’
``main boling’’ ? ngn slmbe sy jwb
``hah?’’
``boling pe pukul 1pg nie’’
‘’eh,snooker’’
nmpak sngt da ngntuk.)

p/s: Teringat thn lepas.Mencari ketenangan sambil melihat kapal terbang kat Cairo Airport.Bolehlah sape nak tiru.50 geneh je kot dari Mansurah pegi balik ke Airpot.=)
wassalam.Sirru Ala rahmatillah.Insya Allah