Saturday, January 30, 2010

subuh 31 januari.

hening pagi 31 januari yg sama,
gema azan sambung menyambung diselangi kokokan pengunjung pagi hari hulu Januari.sebilik ke sebilik disusuli membangunkan lelaki-lelaki dari mimpi.oh,hari ini versatile sungguh gaye-gaye lelaki ini. nyaman

lantas,terus digagahi menyulami air-air disegenap inci tangan dan kaki.sejuk,beku,dingin membuktikan kehadiran angin-angin pagi musim sejuk.tangan kanan mencapai sehelai ''baju salji'',tangan kiri meraba-raba mencari anak kunci.helaian pintu diselak,dua dunia dingin kembali bersatu.jasad mengadaptasi komunikasi tertentu.dua kali nyaman menyelimuti.

100 meter itu, terase begitu panjang.dipercepatkan langkahannya kerna imam tidak menunggu sahutan makmumnya.rakaat ke rakaat,rukuk ke sujud,tahhiyyat ke tahiyyat.tertib pengerakan2 cinta ilahi terus bersemadi bersama aura tersendiri.nyaman 3 kali membaluti hati.

tolehan dua salam menyempurnakan pengerakan.ukhuwah dan iman pada beberapa genggaman salam diselesaikan.seraya kaki melangkah keluar istana cinta untuk sang mukmin.terkumat-kamit mulutnya menghadamkan ayat-ayat suci almathurat.sungguh nyaman beberapa kali lagi.

langkah lajunya dikurangi,
separuh perjalanan terhenti,
hatinya mengatakan nanti.
‘’LAILAHAILLAH’’
nyamannya tadi ditarik,
mata yg separuh pejam tercelik,
dari manakah suara itu memekik,
tetapi pelik.
hanya bernada sayu dan pengharapan.

didalam gelap kirinya dia menoleh,
seorang makcik berjubah nipis hitam bertudung disisi.
tunduk,berdiri,tunduk dan berdiri tiada henti mencari rezeki.
nyaman tadi terhenti.dadanya dijentik-jentik beberapa kali.
matanya bergenang disusuli langkah-langkah agak tidak disyaki,
tapak perlupusan sampah itu di lewati pada jam 6 pagi.
beransur dia pergi selangi beberapa pandangan lagi.
bersama hati yg terisi.

Wednesday, January 06, 2010

Bahagia??

''Sesungguhnya KEBAHAGIAAN itu ialah,anda hidup...

untuk pemikiran yg benar dan kukuh,
untuk akidah terbesar yg menyelesaikan,
permasalahan alam yg lampau,
persoalan yg disoal oleh org yg tertanya tanya,
semasa mereka sedar dan cerdik boleh berfikir,
dari mana datangnya aku?Kemanakah aku hendak pergi?
kenapa aku dijadikan?adakah aku hidup kembali?

Lalu bersinarlah kenyakinan dalam jiwa,
terusir segala keraguan yg degil,
terdidiklah fikiran yg waras,
terciptalah akhlak yg mulia,
dan kembalilah setiap akal yg menyeleweng,
kejalan yg benar dan lurus.

Hidupmu akan dikurniakan nilai,

oleh Tuhanmu,
agar hidupmu terbina,
supaya matamu memandang di segala ufuk,
ke arah cita-cita yg tinggi,
lalu hiduplah kamu didunia untuk akhirat,
disanalah kamu hidup kekal dan tidak fana'
kau tudung bumimu dengan langit,
dan para malaikat menjadi saksi.
Itulah akidah islam untuk muslim yg BAHAGIA.
Itulah asas ,itulah tiang serinya.
Sesiapa yg hidup memikulnnya sambil memekik.
dengan namanya,dialah org yg berbahagia.

-As-Syeikh Yusuf Al-Qardhawi-