Tuesday, May 20, 2008

mesej dr Mesir : 'minat dan suka'

thn 2007,smpt di Karnival Futsal IM Metro.

cOREt2 santai ntuk adik2 hira'.

Salam alaik,akhukum fillah.Semoga sentiasa dilembayung rahmatnya.
Kebiasaanya setiap pg sy akan menghabiskan waktu dihadapan laptop.Satu persatu laman2 yg sy rase bermanfaat sy layari.Antaranye 10-15 minit sy habiskan untuk membaca suratkabar on9.Hari ni sedikit berite menarik yg membuatkan sy tersenyum..:)

Sy tertarik dgn sebuah rencana di seksyen ARENA bertajuk 'Misi Geng tahfiz' di Harian Metro,20/5/2008.Sy seakan dpt mengjangka sesuatu..
-------------------------------------------
‘TAGHYIR’ adalah perkataan dalam bahasa Arab, membawa maksud ‘perubahan’. Justeru penyertaan lapan anak muda dari Sekolah Menengah Islam Hira, Batu 18 Jeram, Kuala Selangor yang tampil buat kali pertama di Karnival Futsal i-Metro, Zon Tengah bertekad untuk membawa impak perubahan kepada pasukan itu.Biarpun tidak mendapat bimbingan daripada jurulatih, pasukan yang dikenali Taghyir FC itu dibarisi lapan pemain bertekad menyempurnakan misi serampang dua mata.Bagi kapten pasukan, Amirul Aiman Muhammad Kamal, 18, berkata dia mahu memastikan barisan Taghyir FC dapat mempamerkan bakat masing-masing selain membuktikan tiada halangan dalam bersukan biarpun bergelar tahfiz Al-Quran.

Menyedari setiap pemain pasukan itu mempunyai bakat terpendam, Amirul sedar hanya dengan menyertai pertandingan dapat membuka minda setiap pemain terhadap kemampuan mereka.
Maksud Taghyir adalah perubahan. Kami mahu membawa perubahan dalam diri kami dan juga corak permainan kami. Kalau boleh kami mahu melangkah ke Grand Final dan muncul juara Zon Tengah.“Biarpun tanpa bantuan jurulatih, kami yakin boleh berjaya kerana kami mempunyai skil dan kelebihan sendiri,” kata Amirul yang pernah terpilih untuk menjalani latihan futsal negara bawah 20 tahun.

-------------------------------------------------
Alhamdulillah,adik2 sy dihira' meneruskan perjuangan bolasepak yg pernah sy tinggalkan ngn tman2 yg lain,smpai masuk paper dah.:)hehe.smoge antum berjaye hendaknye.Alla kulli hal,ade yg ingin dikongsi.

'.Berlari dan menjaringkan gol tanpa minat dan suka?mustahil..melainkan terpaksa.'Minat dan suka' mmpu menutup beberape perkara yg harus lebih kehadapan.Minat dan suka juga mmpu membawa beberape perkara kehadapan dengan kesungguhan.Minat dan suka tanpa kefahaman,ibarat menantang air didalam baldi yg bocor.

ibnu muqaffa' -'aku tidak melihat didalam berlebih lebihan didalam sesuatu perkara dan disana tiada tanggungjawab yang akan terabai'.Itu satu.

dua.'smbang2 rehal'.
selepas spm sy smpt meluangkan wktu mengulang al-quran di Maahd Hira'.Sy masih ingt dgn jelas 'sembg2 rehal ' sy bersame seorang junior disitu.

  • abg cube tgk die(kwn sy,bks student) tu,bile die dtg,semue org berkumpul kat die.Sbb die terer nasyid kan?semua org tanye kat die.
  • mm,jdnye?nta nak menasyid jugak ke?
  • eh,takde la.Kenape abg tak teruskan main bola sungguh2,main kat luar negara ke?main untuk Malaysia.Abg kan ade peluang cerah.
  • eh,kalau abg bwat camtu,tak dpt la abg smbg2 ngn nta nnti.sy berseloroh.
  • ish..bukan.kalau abg btul2 main bola.Sampai hebat.Abg masuk mane2 kelab2 popular pastu jd tunjang belakang kat sane.Dalam mase yg same abg ni al-hafiz,hafal quran dan amalkan islam sepenuhnye.Bile abg pegi satu tempat suara abg akan didengari.Mcm la kwn abg tu,dgn bakat die bernasyid die mmpu mengumpulkan manusia.Inikan satu jalan?

perbualan tu masih pnjg,tp sy berhentikan disitu.Seorang budak 13 thn mmpu memikirkan kesan jngka pnjg dr 'minat dan suka'.Sy sngt tertarik.Mungkin 13 thn blum cukp mmberi pengalaman pdnye.Melihat aspek dakwah dlm 'minat dan suka' amt baik.Dakwah ini mngkin mnjadi lebih laju dan bersungguh bila jalannye brade didalam 'minat dan suka'.Ia tetap subjektif.Mungkin baik dan sebaliknya.Tetapi, bila meletakkan perkara 'minat dan suka' didalam agenda dakwah.Maka cabarannye tetap ada.

  • akhi,ana rase ana semakin jauh didalam dakwah ni.Mungkin sahabt2 melihat ana bernasyid menyampaikan mesej2 baik,tp dlm hati ana Allah shj yg tahu.Ana tak mmpu menahan masalah hati.Secara jujur,bila dah berada di atas , perempuan n popular hampir menutup agenda asal ana.

ini salah satu luahan seorang shabat ana.Tanpa hadaf yg jelas,himmah tinggi dan mujahadah kuat,berada dijalan 'minat dan suka' untuk berdakwah,Sukar.

tiga.Inilah kita.
pabila kita berada di atas jalan 'minat dan suka'.Kebanyakkannya kita akan berkomunikasi dengan manusia.Dan, 'inilah kita'.Untuk adik2,beginilah kita.Bila kita memulakan perlawanan,doa kita dahulukan.Bila kawan buat silap,ukhuwah kita kedepankan.Bila gol dijaringkan.:),sujud syukur kita hmparkan..Ini basic kan? :),jgn tercicir ye..

empat.Kuasai.

Mencari titik pertemuan bersama mad'u sngt pnting.Titik pertemuan itu pula perlu diperhati.Agar ia tidak terjerumus didalam perkara haram dan maksiat.'Minat dan suka' boleh menjadi titik pertemuan dan membuka ruang bersama dgn mad'u.Didalam masa yg sama asas dkwah,kasih sayang dan tautan hati mmpu dibina didalam 'minat dan suka'.

Lima.

'lisanul hal ahsan min lisanul qaul'

Enam.

jgn benti main bola! :).tunggu ana balik.6 tahun lagi.
-------------------------------

As-Syahid Syeikh ahmad yassin:

'Tidak ada padanya seorang pejuang ini waktu yang sesuai dan tidak sesuai untuknya berkhidmat untuk ummat'-kata2nya ketika mana seorang pemuda meminta maaf kerana dtg mengadu pdnya masalah diwaktu pagi2 buta dikala manusia sedang tidur.

alaikum binnajah fi imtihan FUTSAL..:)-WASSALAM.

Saturday, May 17, 2008

nota kaki~


5 Ibnu Abbas,Hira' 2006 ,
Tika berada di awangan zaman persekolahn.Tanpa ujung pangkal,perasaan sy bercampur baur tgk balik gmba ni.Suka,snang ,susah,matang ,x matang,gagal,berjaya,- semuenye terkumpul dlm satu thn yg penuh mencabar.TUP TAP..berterabur kemana semuenye.

-->untuk adik2 di hira'-satu shj.

'Sebaik-baik manusia ialah yang banyak memberi manfaat pada masa lain(bkn untk diri sendiri shj).” (Riwayat Qadha’I daripada Jabir).

'PRODUK' yg dihasilkan 'kilang' ini adalah untuk 'BERBAKTI' ,bknnya 'MEMENUHI'.

-->untuk sahabat2 yg sudah di 'dunia' sendiri.
-maafkan andai kita terus dibezakan.Hanya satu menjadi ikatan, pabila kita berada di atas satu TUJUAN.Yakinlah ukhuwah diatas tujuan ini tidak mngkin dipisahkan hnya kerana jarak dan sesaran.

wallahu'alam.

Sunday, May 11, 2008

Isu 'Peti Ais'

Exam mode~final....
Isu ‘Peti Ais’

APABILA Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders menghasilkan filem pendek berjudul Fitna, umat Islam seluruh dunia tersentak, masing-masing marah dan mengamuk kerana perbuatannya menghina Islam.Umat Islam di seluruh dunia mengadakan demonstrasi, membawa sepanduk dan mengutuk pembikinan karya terbabit.

Kemarahan juga menyebabkan gesaan supaya produk keluaran Belanda di negara Islam diboikot.Umat Islam memang berhak marah dengan tindakan pihak tertentu menghina Islam termasuk Nabi Muhammad s.a.w kerana Baginda adalah pesuruh Allah.Tetapi sejauh mana tindakan umat Islam itu memberikan kesan kepada ahli Parlimen terbabit dan negaranya?Apa yang berlaku selepas berdemonstrasi, semangat umat Islam seperti hangat-hangat tahi ayam. Mereka kembali berpeluk tubuh dan melupakan agenda jahat bukan Islam.Mereka terus dengan angan-angan, sehingga satu pun tidak terlaksana, sedangkan bukan Islam terus berusaha menjatuhkan orang Islam.


Justeru, apa tindakan umat Islam bagi menghadapi keadaan bukan Islam yang terus menghentam dan menghina Islam, apakah cukup dengan berdemonstrasi atau membawa sepanduk?

Berita Harian,April 2008



think~

OUTSIDE BOX..

Sedangkan ar –rasul sendiri tidak ‘mengamuk’ apabila dihentam batu batuan dari kanak-kanak quraisy di taif.Juga Nabi tidak marah apabila lehernya merah akibat jerutan serban oleh seorang arab badawi.Malah baginda tetap tersenyum.
Tetapi,jelas kelihatan diwajah nabi kemarahan tatkala islam diperkotak katikkan.Bukan kerana dirinya tetapi kerana Allah s.w.t.Tatkala ada yg cuba mencerobohi kesucian agamanya disitu ‘kemarahan ‘ nabi tercipta.Benar,kemarahan kita pd agenda zionis dalam menyiarkan karikatur nabi dan sebagainya.Itu adalah tanda iman masih berada didada walau sekecil zarah.Namun,sejauh mana keberkersanan dan implikasinya pd diri kita?ummah dan islam itu sendiri?

Umpama seorang anak.Apabila keluarganya dicerca dan dihina.Lalu apa tindakanya?Mengangkat sepanduk?Melaungkan kalimat2 perjuangan di sekitar jalan dan sebagainya?Ia tindakan yang sangat baik dan insya Allah,diterima sebagai amalan hasanah disisi Allah s.w.t.CUMA,
Disetiap kebangkitan kita,usah terlalu memikirkan kesannya kepada musuh YG MERANCANG 100%.Namun ,sejenak merenung kpd nasiib pemuda dan pemudi islam yg akan menjadi tonggak kebangkitan ummah.KERAJAAN ISLAM mana yg tidak MENGUTUK tindakan menyiarkan karikatur nabi dan filem yg menghina islam?Boleh kita anggapkan semuanya mengutuk dari sudut yg berbeza mungkin.NAMUN,cukupkah kutukan terhadap itu menutup pintu2 yang lain yg lebih ‘terbuka’.HIBURAN?FILEM2 EROPAH?PAWAGAM2?..Bagi kita yang Nampak,ia lebih memberi kesan kepada remaja dan pemuda islam itu sendiri.Mengapa?


Penyiaran filem Fitna dan karikatur nabi,mungkin menunjukkan kelemahan ummat islam dan akan memburukkan imej ummat islam.Itu kita akui,dan kita menentang untuknya.Menyimpanglah mereka yg menyalahi fakta ini.Tetapi berhenti sebentar didalm kotak fikiran itu, lihat kpd kemasukan filem2 barat berunsur lucah,meruntuhkan moral dan bertentang dgn nilai murni islam serta pelbagai bentuk hiburan lain sejak BERABAD-ABAD,bukan shj menunjukkan kelemahan ummat islam,tetapi MELEMAHKAN UMMAT islam.Itu lebih kita risaukan!Ia melemahkan kita sendiri.NAMUN,dimanakah pula kain rentangnya?dimanakah pula boikotnya?dimanakah pula SEMANGATNYA?


Kita melihat bagaimana dizaman islam yang dibawa oleh Habibuna Muhammad s.a.w.Kutukan,penentangan,dan segala mcm perkara yang dilakukan pembesar quraisyh tidak pernah menggusarkan nabi dan sahabat.Bahkan ia ‘diterima baik’ oleh Rasulullah,,Itu sudah menjadi sunnah orang berjuang.Tetapi,apabila anasir2 yang membawa kpd jauhnya sahabat dari ajran islam,Rasulullah sngt berdukacita dan menentang dengan sekerasnya.Disini kita melihat bagaiman priority yg diambil oleh Ar-Rasul itu sendiri.

Seharusnye kite ‘berterima kasih ‘ kepada ahli parlimen tersebut yang sejenak membenarkan kita membuka mata melihat takat dan level ummat islam dimata dunia itu sendiri.Tanpa segan silu pihak2 ini menjatuhkan dan mempermainkan islam.Adakah kerana mereka ini kuat?Dan memang diciptakan sebagai kaum yg kuat?Perihal contoh kpd YAHUDI laknatullah,mereka adalah bangsa penakut dan pengecut didalam sejarah,namun,dek kerana kelemahan kita ,ketundukan kita.mereka menginjak2 kepala kita secara sedar dan juga tidak.

Apakah peranan kita sebenarnya terhadap isu PETI AIS ini?
-kita seharusnya menyedari ,langkah kita kini bukanlah semata2 dan menjadi keutamaan untuk menentang pihak musuh secara terang terangan(mengangkat sepanduk,berteriakan dan etc).Namun isu seumpama ini,SEBENARNYA menjadi MODAL untuk kita membuka jiwa2 remaja dan pemuda pemudi islam yg sedang tertidur ttg perancangan zionis dan musuh2 islam.

-isu ini tidaklah memberi effect yg besar kpd kekuatan islam.Sekali lg ia sebenarnye menjadi modal terhadap kesedaran ttg tahap kelemahan ummat islam sendiri.Kita seharusnye mengmbil lngkah menjelaskan kpd ahli keluarga,sahabat,kawan2,adik2 kita ttg ‘penentangan dan kutukan’ yg sebenarnya sudah lame menyusup didalam budaya islam .Inilah yg menyebabkan mereka (musuh islam) berani mempermain2kan islam sprt mane yg berlaku.Kerana ummat islam sendiri lemah dan telah ‘diserang’ pemikiranya semnjak dahulu lg.

-kembali pd diri,dan sering menginsafi...:)

Al-Quran(Al-baqarah 120)
'Tidak akan redha ke atas kamu Yahudi dan Nasrani,sehingga kamu mengikut agama mereka'

Wallahualam
-mlm exam ,Anatomy Mcq tomorrow..Alaikum
Bittaufiq wannajah.