Saturday, April 05, 2008

konfius?,mungkin ini solusinya..

Salam ukhuwah,
sy pun tak tau kenape terdetik jari ni nak bermain2 diatas keyboard usang ni.Hampir berabuk papan taip ni setelah sekian lame berenang2 dlm debu pasir mesir semenjak dua ni.Dalam fatrah imtihan bakal kembali dan buku2 yang tersenyum2 di sisi,sy baru selesai melepaskan kudrat demi menyatukan antara dua insan,Adam dan Hawa..


Alhamdulillah,tarikh 4 April 2008 ,menjadi tarikh istimewa buat Nik Mohd Fareez dan isterinya Noor Husna.Semoga kedua2nya didalam lembayung dan rahmat Allah s.w.t.Bermula dari angka 1,sehingga ke angka akhir,sy menguruskan perkahwinan dan pernikahan mereka di bumi mesir ini.Moga amal kecil atas para kesedaran ini diterima Allah s.w.t,Ameen.

Pelbagai perancangan Allah sy renungi dalam menyaingi perancangan sendiri.Kadang2 kita tak sedar berada dalam perancangan Dia dan cube mengatur perancangan or planning kita sendiri.

'wamakaru wamakarallah wallahu kHAIRUL makirin'
'Mereka merancang dan Allah menpunyai perancangannya,Maka ALLAH adalah2 sebaik perancang'

-ali-imran-

dari yang diduga dan tidak sehingga terlaksana.Akhirnya kita kembali pada dia yang esa.Dialah yang merancang terbaik untuk kita selagi mana kita berserah dan bertawakkal pdnya.

Bagaimana?
'kadang2 satu perkara itu disukai oleh kamu,tetapi tidak baik untuk kamu,kadang2 satu perkara itu dibenci oleh kamu,tapi ia baik untuk kamu'
-al-baqarah-

kita tidak akan mengetahui ianya adalah yang terbaik ataupun tidak didalam setiap perancangan atau pemilihan sesuatu dlm kehidupan.Tetapi Allah mengajar kita disana ada cara untuk memastikan ia.

'sesiapa yang bertaqwa pada Allah,maka akan ALLAH jadikanya jalan keluar dan rezzeki yang tidak disangka2'

sahabat2,
lihat sahaja pada kalimah 'taqwa'.Inilah yang akan menentukan ketenangan didalam setiap keputusan yang diambil dalam hidup.Dengan sahaja ketaqwaan ini,kita berani meletakkan keputusan tanpa was2 syaitan .Allah menjanjikan disetiap ketakwaan itu ada jalan keluar dan rezeki yang tidak disangka2.

bagaimana pula ingin mengintai takwa dalam membuat perancangan dan keputusan?

Rasulullah,
'At-taqwa ha huna'
taqwa itu disini..(hati)

diihati?bedah hati lihat taqwa?apa itu taqwa?
Rasulullah,
'..wa iza solahat ,solahat jasadu kulluhu,wa iza fasadat fasadal jasadu kulluhu'
'apbila ia sihat,maka sihatlah anggota tubuhnya,apabila ia sakit,maka sakitlah anggota seluruhnya'

'Ala wahiyal qalb'
'ia adalah Hati'

tak perlu bedah hati kita,lihat saja pada kelakuan harian kita selaku seorang hamba Allah.Dimanakah kita meletakkan akhlak yang mulia,ibadat yang ikhlas,amal yang jelas?
ia merupakan lambang sebuah hati yang sihat.
sukar?
gunekan ini..

'innamalla mukminunal lazina iza zukirallah wajilat qulubuhum,waiza tuliyat alaihim ayatuhu zadathum imaana...'
'sesungguhnya orang2 mukmin apabila diingatkan kpd ALLAH,gentarlah hati2 mereka dan apabila dibacakan ayat2 Allah,bertambahlah iman mereka.'

tepuk dada,tanyalah gentarkah hati keras ini menangis mndengar ayat2 neraka di dalam Al-quran?gentarkah pada Ayat2 azabnya?
atau..bertambahkan kecintaan pada Allah pada nikmat2nya?bertambhkah cinta kepada Rasulullah pd pengorbanan2nya?

akhirnya..bersedialah untuk tersenyum dalam setiap perancangan dan keputusan sekirannya kita melepasi step2 ini,biiznillah inilah keputusan terbaik untuk kita didalam perancangannya .
Bukan kanan atau kiri yang perlu dipeningkan dalam membuat keputusan.Tapi tanyalah adakah ia dari hati yang bersih dan sihat.

Kerna itulah kekuatan hati ini digambarkan sendiri Iman Al-Ghazali.
'mintalah fatwa(pendapat) pd hatimu.'

akhirnya juga..hati inilah yang akan dipersembahkan dihadapanNya.

'yaumala yanfau malu wala banun,illa man atallaha bi qalbin salim'

'hari yang mana tidak berguna anak2 dan harta,kecuali mereka yang hadir dihadapan Allah bersama HATI yang sihat.'

berputuslah didalam dua ketentuan!

wallahu'lam.

2 COMMENTS:

akuadalahaku said...

akhi...tu fareez ydp KMNS las year eh?

. said...

yup..housmate ana kat sini..dah bernikah dah..