Sunday, May 11, 2008

Isu 'Peti Ais'

Exam mode~final....
Isu ‘Peti Ais’

APABILA Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders menghasilkan filem pendek berjudul Fitna, umat Islam seluruh dunia tersentak, masing-masing marah dan mengamuk kerana perbuatannya menghina Islam.Umat Islam di seluruh dunia mengadakan demonstrasi, membawa sepanduk dan mengutuk pembikinan karya terbabit.

Kemarahan juga menyebabkan gesaan supaya produk keluaran Belanda di negara Islam diboikot.Umat Islam memang berhak marah dengan tindakan pihak tertentu menghina Islam termasuk Nabi Muhammad s.a.w kerana Baginda adalah pesuruh Allah.Tetapi sejauh mana tindakan umat Islam itu memberikan kesan kepada ahli Parlimen terbabit dan negaranya?Apa yang berlaku selepas berdemonstrasi, semangat umat Islam seperti hangat-hangat tahi ayam. Mereka kembali berpeluk tubuh dan melupakan agenda jahat bukan Islam.Mereka terus dengan angan-angan, sehingga satu pun tidak terlaksana, sedangkan bukan Islam terus berusaha menjatuhkan orang Islam.


Justeru, apa tindakan umat Islam bagi menghadapi keadaan bukan Islam yang terus menghentam dan menghina Islam, apakah cukup dengan berdemonstrasi atau membawa sepanduk?

Berita Harian,April 2008



think~

OUTSIDE BOX..

Sedangkan ar –rasul sendiri tidak ‘mengamuk’ apabila dihentam batu batuan dari kanak-kanak quraisy di taif.Juga Nabi tidak marah apabila lehernya merah akibat jerutan serban oleh seorang arab badawi.Malah baginda tetap tersenyum.
Tetapi,jelas kelihatan diwajah nabi kemarahan tatkala islam diperkotak katikkan.Bukan kerana dirinya tetapi kerana Allah s.w.t.Tatkala ada yg cuba mencerobohi kesucian agamanya disitu ‘kemarahan ‘ nabi tercipta.Benar,kemarahan kita pd agenda zionis dalam menyiarkan karikatur nabi dan sebagainya.Itu adalah tanda iman masih berada didada walau sekecil zarah.Namun,sejauh mana keberkersanan dan implikasinya pd diri kita?ummah dan islam itu sendiri?

Umpama seorang anak.Apabila keluarganya dicerca dan dihina.Lalu apa tindakanya?Mengangkat sepanduk?Melaungkan kalimat2 perjuangan di sekitar jalan dan sebagainya?Ia tindakan yang sangat baik dan insya Allah,diterima sebagai amalan hasanah disisi Allah s.w.t.CUMA,
Disetiap kebangkitan kita,usah terlalu memikirkan kesannya kepada musuh YG MERANCANG 100%.Namun ,sejenak merenung kpd nasiib pemuda dan pemudi islam yg akan menjadi tonggak kebangkitan ummah.KERAJAAN ISLAM mana yg tidak MENGUTUK tindakan menyiarkan karikatur nabi dan filem yg menghina islam?Boleh kita anggapkan semuanya mengutuk dari sudut yg berbeza mungkin.NAMUN,cukupkah kutukan terhadap itu menutup pintu2 yang lain yg lebih ‘terbuka’.HIBURAN?FILEM2 EROPAH?PAWAGAM2?..Bagi kita yang Nampak,ia lebih memberi kesan kepada remaja dan pemuda islam itu sendiri.Mengapa?


Penyiaran filem Fitna dan karikatur nabi,mungkin menunjukkan kelemahan ummat islam dan akan memburukkan imej ummat islam.Itu kita akui,dan kita menentang untuknya.Menyimpanglah mereka yg menyalahi fakta ini.Tetapi berhenti sebentar didalm kotak fikiran itu, lihat kpd kemasukan filem2 barat berunsur lucah,meruntuhkan moral dan bertentang dgn nilai murni islam serta pelbagai bentuk hiburan lain sejak BERABAD-ABAD,bukan shj menunjukkan kelemahan ummat islam,tetapi MELEMAHKAN UMMAT islam.Itu lebih kita risaukan!Ia melemahkan kita sendiri.NAMUN,dimanakah pula kain rentangnya?dimanakah pula boikotnya?dimanakah pula SEMANGATNYA?


Kita melihat bagaimana dizaman islam yang dibawa oleh Habibuna Muhammad s.a.w.Kutukan,penentangan,dan segala mcm perkara yang dilakukan pembesar quraisyh tidak pernah menggusarkan nabi dan sahabat.Bahkan ia ‘diterima baik’ oleh Rasulullah,,Itu sudah menjadi sunnah orang berjuang.Tetapi,apabila anasir2 yang membawa kpd jauhnya sahabat dari ajran islam,Rasulullah sngt berdukacita dan menentang dengan sekerasnya.Disini kita melihat bagaiman priority yg diambil oleh Ar-Rasul itu sendiri.

Seharusnye kite ‘berterima kasih ‘ kepada ahli parlimen tersebut yang sejenak membenarkan kita membuka mata melihat takat dan level ummat islam dimata dunia itu sendiri.Tanpa segan silu pihak2 ini menjatuhkan dan mempermainkan islam.Adakah kerana mereka ini kuat?Dan memang diciptakan sebagai kaum yg kuat?Perihal contoh kpd YAHUDI laknatullah,mereka adalah bangsa penakut dan pengecut didalam sejarah,namun,dek kerana kelemahan kita ,ketundukan kita.mereka menginjak2 kepala kita secara sedar dan juga tidak.

Apakah peranan kita sebenarnya terhadap isu PETI AIS ini?
-kita seharusnya menyedari ,langkah kita kini bukanlah semata2 dan menjadi keutamaan untuk menentang pihak musuh secara terang terangan(mengangkat sepanduk,berteriakan dan etc).Namun isu seumpama ini,SEBENARNYA menjadi MODAL untuk kita membuka jiwa2 remaja dan pemuda pemudi islam yg sedang tertidur ttg perancangan zionis dan musuh2 islam.

-isu ini tidaklah memberi effect yg besar kpd kekuatan islam.Sekali lg ia sebenarnye menjadi modal terhadap kesedaran ttg tahap kelemahan ummat islam sendiri.Kita seharusnye mengmbil lngkah menjelaskan kpd ahli keluarga,sahabat,kawan2,adik2 kita ttg ‘penentangan dan kutukan’ yg sebenarnya sudah lame menyusup didalam budaya islam .Inilah yg menyebabkan mereka (musuh islam) berani mempermain2kan islam sprt mane yg berlaku.Kerana ummat islam sendiri lemah dan telah ‘diserang’ pemikiranya semnjak dahulu lg.

-kembali pd diri,dan sering menginsafi...:)

Al-Quran(Al-baqarah 120)
'Tidak akan redha ke atas kamu Yahudi dan Nasrani,sehingga kamu mengikut agama mereka'

Wallahualam
-mlm exam ,Anatomy Mcq tomorrow..Alaikum
Bittaufiq wannajah.

0 COMMENTS: