Saturday, September 13, 2008

ada BENGKOK yg ingin diLURUSkan


Ada yang perlu dibersihkan berdasarkan sejarah Perang Badar.Sejarawan berpendapat tindakan sahabat Rasulullah menghalang kafilah dagang kafir quraisy adalah punca Perang Badar.Padahal,kafiq quraisy sendiri yang telah membuka jalan keatasnya.Begini !idea ini hadir apabila ketua munafiq Madinah,Ubai bin Sahlul menerima surat dari pemimpin kafiq quraisy di Makkah.

“Kamu sekalian melindungi sahabat kami(makksudnya kaum muslimin),dan kami bersumpah atas nama Allah agar kamu mengusir mereka.Atau kami akan mengerahkan seluruh kekuatan untuk membunuh parajurit kamu dan menawan kaum perempuan kamu '
Juga surat kepada golongan muhajirin,
‘Kamu sekalian jangan berbangga dulu kerana Berjaya meninggalkan kami menuju yathrib(madinah).Kami akan dtg memusnahkan kamu semua dan menghancurkan ladang2 di tgh2 negeri kamu sendiri’-sunan abu daud.

Dengan ‘semangat surat ’ itu,Abdulllah bin sahlul datang berjumpa Rasulullah dan para sahabatnya.Semenjak Rasulullah berada dimadinah.Kepopulariti A.S semakin berkurangan.Semakin ramai yang menghormati Rasulullah berdasarkan keluruhan dan kemurnian peribadi baginda.Ini sewajibnya menimbulkan rasa dendam didalam jiwa seorang ketua Munafiq.
Setiap kali perjumpaan itu juga ,jiwa seorang kekasih Allah tidak pernah pula berputus asa mengajaknya masuk islam,namun ini pula ‘respon’ dari seorang Ketua munafiq…


‘wahai Muhammad,tidak adakah kata2 yg lebih bagus daripada kata2mu itu?lebih baik engkau duduk dirumahmu.Apabila ada yang hadir kerumah mu ,ungkapkanlah kata2 itu.Usahlah engkau bersusah2 untuk mendatangin orang lain dan menyampaikan apa yg tidak disukai mereka’

Meniti hari,A.S semakin berani ‘menikam’ Rasulullah.Terdapat juga beberapa org sahabat yg lemah imannya mula memihak kpd Ketua munafiq itu.Kebanyakannya terkesan dengan kehadiran surat tersebut.Mereka mula bergabung dgn A.S.Disudut yg lain,keimanan yg kukuh dikalangan Muhajirin dan Ansar turut tekucil dan hampir melakukan serangan ke atas A.S.
Salahkah pd niat Muhajirin dan Ansar menyerang ketua MUNAFIQ ini yg mana cuba menggugat Rasulullah?Jawapanya tidak!Namun,ini jawapan dr seorang Rasulu yg telah dibersihkan ilhamnya oleh Allah,


‘’telah sampai kepadaku ancaman dr Kafir Quraisy,Ternyata rancangan jahat mereka tidak sebesar rancangan jahat kalian tErhadap diri kamu sendiri.Kamu ingin memerangi saudara dan anakmu sendiri’’


Disini kebijaksanaan FIQH POLITIK Rasulullah terbukti.Rasulullah segera mengingatkan kedua2 kelompok yg ingin bercakaran ttg musuh sebenar mereka iaitu Kafir Quraisy bukannya bercakaran sesame sendiri.
Dengan kata2nya itu ,menunjukkan rasulullah tidak pula memihak pd mana2 golongan walaupun terbukti golongan Abdulllah bin sahlul patut diperangi.Kata2 itu juga seraya membangkitkan sebuah gelombang kekuatan ntuk melawan musuh dlm rangka untuk menyelamatkan bakal bumi islam pertama, Madinah.Ketika ini,yg disentuh Rasulullah adalah cintakan tanah air dan patriotrisme bukannya semangat mempertahankan Islam yg diutamakan.Andaikata terbatas kebijaksanaan Rasulullah ketika itu,maka yang akan menentang kafir quraisy dari mekah hanyalah golongan muslimin sahaja.Tetapi ,inilah Rasulullah,seluruh penduduk madinah Berjaya disatukan dan bersama2 mempertahankan bumi madinah.Secara tidak langsung memberi keuntungan kepada Islam.



Ikhwah akhawat,
Bagaimanakah Bila datang nya banjir besar melanda sesebuah tempat kita pula terus menerus membina bangunan2 dan sebagainya,sedangkan ketika itu kita memerlukan bahtera penyelamat untuk menghadapi bencana yg bakal melanda.
Dari sejarah indah yg kita baca td,beginilah cara baginda mengajar kita.
Muslimeen + penduduk madinah VS kafiq Quraisy.
Rasulullah amat arif agak mustahil untuk mempertahankan madinah bersama kekuatan muslimeen shj.Bahkan rasulullah Berjaya ‘memindahkan’ mentality penduduk madinah ketika itu dalam bercakaran kpd focus mempertahankan madinah yg akhirnya menjadi titik tolak perbentukan Khilafah islam.


Bagaimana pula kita?Kita berada didalam satu kecelaruan yg tak pernah susut.Kita masing2 mempunyai ideology ,prinsip,cara dan dasar2 yg kita perjuangkan dan kita pertahankan.Itu kita akui.Ini sunnatullah.Kerana kita manusia mempunyai kekuatan akal yg berbeza2. Dari sudut setiap individu ataupun kumpulan2.


Mengapakah kita susah benar ingin mencari satu titik kesamaan didalam setiap kecelaruan ini?atau mungkin kita sahaja membutakan mata tentangnya.Ego,tamak dan pelbagai desakan duniawi mungkin menutupnya.
Bahkan rasulullah juga pernah bertoleransi dgn golongan yg menentangnya.Inikan kita?Bersama2 mengucapkan syahadah,bersolat 5 waktu,berzakat, dan sebagainya.Tetapi disbbkan perbezaan beberape idea atau perkara furu’ sehingga kita terlupa musuh sebenar Yahudi laktullah yg tak putus2 menghentam dan menikam?

Ayuh,pemuda/i yg menyatakan kesediaan anda untuk menyerah nyawa ini untuk agamamu.Dimana dan Kemana pun ‘tempat’ kita berjuang,kita masih berpegang pd redhaNya sebagai titik tolak kesatuan fikrah dan terus kekal dlm hasanah.
Mungkin ini masanya yg BENGKOK perlu diLURUSkan
..

2 COMMENTS:

Anonymous said...

salam..

syukran atas perkongsian..
tahniah muallim, dapat memberi satu input yang berbeza. isi yang mendalam..

semoga ada amalnya yang akan menyusul..

erm.. semoga ilmu yang muallim ada, selari dengan amal dan perbuatan..

rugilah jika ilmu ada tapi tak "amal" kan?

wallahua'lam..

. said...

wsalam,syukran mllmh :),
jauh smpai kemari~

isi comment mllmh pun agak mendalam,
yup,masih bnyk lg ilmu yg tidak diamal..nauzubillah
jazakallah..