Tuesday, February 17, 2009

''bayi tidak berbaju,fokus susu ibunya''



(jangan baca tajuk diatas sebagai sebuah ayat) =)
Salam.Bismillah walhamdulillah.Moga tuan mata-mata yang sedang mengekori butir2 tulisan ini terus berada dalam penjagaan Allah s.w.t.Ameen

Maaf diatas tajuk yg mungkin tidak berape menyenangkan dan megelirukan.Sukar memilih tajuk,menyebabkan sy menggabungkan tajuk2 yg terlintas didalam kepala sy untuk artikel ini kepada sebuah ayat  .Sudah lame sy kepingin menulis ttg ini,cuma masa kadang2 terlalu cemburu pd sy.Dan hari ini syukur,mngkin cemburunya ada batasan dan smpandannya juga.

Kalian ingt tarikh itu?Malaysia yg kalian syg itu peRnah digemparkan dgn kehadiran seorang bekas penyanyi nasyid yg berbakat ke dalam industry muzik(slain nasyid).Kehadiranya diakui dari segi vocal dan penampilannye.

Dan tarikh itu pula?Tarikh beliau mungkin diuji Allah s.w.t.Dan tarikh itu juga Allah ingin mengajar sesuatu pd kita.Sekali kali gmpar tanah air kita.Bermelodikan ‘’kau bagaikan udara,’’,manusia yg tdnya lengkap berbaju dan berseluar.Kini hanye setia bersama sehelai jeans lusuh sahaja.ah..Kalut juga nantinya.

ya ‘’Kalut’’.Seperti jam loceng.Ingatkan ayam sahaja berkokok dipagi hari.Rupa2 rupanya,kucing,lembu dan kambing juga ingin bersama2.Bukan sahaja kaki2 seni,bahkan menteri,dato’,yb2 dan selainNya turut bersuara.Lantang.Kencang.Masing2 bersama pendapatnya.

sup sap sup sap.Sepakat.Artis itu di’’ban’’ berbulan lamanya.wah.Hebatnya bi’ah Negara kita.Begitu serius dalam menutup unsur2 jahilliyyah.
ARTIS BERJANTINA LAINYA : ‘’Ah,lega..naseb baik aku tak di ‘ban’ skali.
SAYA? : terus terpinga2…bukankah artis perempuan itu lebih itu,lebih ini…ehh..

Selesai.
-------------------------------------------
‘’Nabila.Seorang bayi kecil.Baru sangat melihat dunia.Yang hanya menangis dan menangis.Mak bg mainan itu,nangis.Mak bg mainan ini,nangis jugak.Mak bg susu,nangis .Mak bg susu mak,diam .Nabila tak menangis lagi.

Itu kenapa?Kerana selahirnya nabila didunia,ibunya mengajar ,mementalkan nabila bahawa susu ibunya adalah segala galannya pdnya.’’
selesai.
-------------------------------------------
Apa dia pula yg ‘’tak berbaju itu’’
‘’Bila tak berbaju lebih ditakuti’’,seorang remaja lebih minat bercakap ttg cinta,menangis kerana cinta,dari menjadi seorang Salahuddin AL-Ayyubi juga Muhammad AL-fateh diusia remajanya.
‘’Bila tak berbaju lebih ditakuti’’,seorang menteri/pejuang/pemimpin lebih merelakan Agamanya tercalar,dari melihat anak2 atau isteri dicalari.Lebih dari itu,mungkin keretanya juga dirisaukan amat.
‘’Bila tak berbaju lebih ditakuti,seorang remaja Bermuda-muda dengan usianya di sana dan sini seraya bersama tema ‘’tua nanti beramal lah’’.Sedang mati pula.haish.Melambai2 sahaja pada kita.

saudara,
atas ini intro sy.Isu di bawah ini pula,fokus sy.
‘’Bila tak berbaju lebih ditakuti’’,kita lebih takutkan kehilangan kekuasaan,dari hilangnya kekuatan.Apa itu kekuasaan? Ya pemerintahan.Apa pula kekuatan?Tidak lain dan tidak,merekalah pemuda2 yg telah dididik secara istiqamah dalam ruang lingkup tarbiyyah,bkn hanya pandai bersorak dan bertempik semata.

‘’Bila tak berbaju lebih ditakuti’’,kita taasub membuta tuli persatuan yg kita bersama.Kita menafikan pula yang lain ,yg mungkin berbeza pula pd furu’nya sahaja.Katanya,tidak mahu perpecahan.Tp,kita lupa pula yg kita sedang musuh2kan itulah perpecahan.Pelik,yang bersyahadah besama pula sukar diterima berbanding selainnya’’
rasanya terlalu banyak jika disenaraikan.Kita boleh renungkan2 yg laen.
selesai.
-------------------------------------------------
Kenapa dgn cerita NABILA? ,Kerana itu formulanya.Lihat sahaja mana2 bayi yang lahir kedunia.Tanya mereka,kalau bolehla.Apa yang pertama perlu makan untuk hidup?Jika 10000 bayi lahir,pasti 10000 itu menjawab susu ibu mereka.

Ini kerana,susu itu mmg sebenarnya2 faktor utama.Kedua,kerana bayi2 itu suci.Tidak dikotori.Tidak diajar yg laen2 perkara lg padanya.Tidak dimentalkan selain dari itu.
Begitu juga kita.Kita memerlukan ISLAM (al-quran n sunnah) sebagai susu.Dan kita perlu kembali menjadi bayi,supaya kita terus bersih dan suci.TIDAK DIKOTORI NIAT.TIDAK DI KOTORI PEMIKIRAN MAKSIAT.TIDAK DIKOTORI HATI OLEH DUNIA.Dari situ insya Allah,sinar2 islam akan kembali.Kerana itu untuk melahirkan peribadi2 ini,tidak lain hanya dari masa2 tarbiyyah yg sngt istiqamah.Bukan sekadar menghulur borang dan mendaftar dan mengundi.Bila teras ini tiada,kerana itu kita akan melihat focus ummat semakin jauh seperti yang saya utarakan diatas,walaupun pada dasarnya bertempiklah kita ‘’Sy pejuang agama Allah ini’’ dan sebagainya

‘’Salahuddin,mempersiapakan saf2 tenteranya untuk bertempur dimalam hari peperangan.Hanya yang bertahajjud,bersolat malam dan bertadarus yang berada di saf hadapan’’ –itu focus Salahuddin AL-Ayyubi dan beliau berjaya,walaupun pd matematik manusia.Apa gunanya?.Biarlah yg sasa2 dihadapan.

wallahu'alam.
akhir kata,
Da’I yang melihat dunia ini,past akan bersedih dan berkata:
''Telah bekulah daya juang di hati manusia itu
Mereka leka mencari kekayaan dan kehidupan yang rutin
kealpaan orang-orang yang baik dan semangat orang-orang yang keliru
hampir-hampir menggoncangkan daku dari cita-cita dan perjuanganku.''

Da’i itu pun mulanya menyalahkan dirinya sendiri.. takut-takut dia belum
betul-betul menyampaikan dakwahnya. Tetapi, segera dia merasai bahawa dia
telah melakukan apa yang termampu. Dia cuba memujuk dirinya demi
menghiburkan hati dan membelai kesabarannya sambil bermadah:

''Mereka melihat daku di musim gugur, Lantaran hangatnya laguku,

Bergembira bersama rakanku si burung camar
Tetapi aku dilahirkan di bumi
yang dipenuhi jiwa-jiwa hamba yang seronok diperhambakan.''.

Moga bermanfaat.
wassalam.
Al- rafie berkata:
''Kamu mencipta kata-kata hebat hanyalah untuk berseronok dengannya.''
nauzubillah.


4 COMMENTS:

Hazim Azhar said...

Mabruk.. tulisan yang penuh makna. Semoga tekad akhi..jzk

nur 'izzat said...

uh. suka gamba die.
muajaahahahahaha

Anonymous said...

betul tu.. tulisan penuh makna.. agak mendalam, sedikit berbelit, tak tahulah jika sy yg susah memahami.. jiwa seorang "puitis".. huhu..

cuma jika direct, lebih mudah difahami...

berani kerana benar...

CTNAQUIA ESIR said...

subhnallah...
sebuah penulisan yg menarik, beserta idea yg bernas

keep blogging akhi!!