Salam. Alhamdulillah,masih ade yg sudi memberikan mase sbentar mmbace post2 diblog ini.Walaupun tidaklah sehebat blog Dr Mahathir,tidak sebernas pemikiran Ahadiat Akashah dan tak pula sepuitis ‘’Ayahda Sastera’’ A.Samad Said,mata anda tetap disini.=)syukran.
‘’Syukran jazillan,ya Sheikh Aiman’,sambil selempar senyuman terbaik penuh kesyukuran sy berikan.
Mungkin kerana kekurangan vocab arabic ammiyyah (mesir language),sy rase sungguh menyesal tidak dpt menyampaikan penghargaan sy sebaik2nya.Biasenye budaya arab,apabila hendak berpisah,pelbagai2 kata2 puitis diberikan semase dlm berjabat tngan.Semoga Allah smpaikan perhargaan sy pdnye dlm bentuk yg lain.
Zohor sy ketika itu seperti hari lain2nya.Sekirannye terlewat sedikit,sy akan beralih ke masjid di simpang empat agak jauh dr rumah sy.Dari takbir sehingga 2 salam.Semuanye seperti biasa.Sy Sandarkan bahu kiri sy yg masih rase kesakitan dulu ke dinding masjid.Beban dan segala keletihan sy seakan berpindah ke ceracak2 besi yg mengutuhkan masjid tersebut.Sy tertunduk,memikirkan beberape perkara smbil mulut sy terus ‘’membodek2’ ‘ pencipta sy agar terus diberi kekuatan seperti kuatnya hati2 para Nabi2 Allah.Sy terus dibuai diri sy,didalam keheningan masjid An-Nur.
‘’Salam ya akhi(saudara),’’.Tidak garau dan tidak pula terlalu lembut.Satu suara menyergah sy dr tepi.Sambil menoleh,hadir pula tangannya mengusap2 belakang sy.Sebahagian lg kekusutan yg ade, terase ditarik2 oleh jari jemarinya.Lega.
‘’wsalam wbt’’.Ringkas sahaje dr sy,kerana masih menikmati ketenangan td.Sy terus menatapi wajahnya.Orangnya sederhana tinggi,berjanggut tebal,berwajah cerah dan berserban.Sebahagian lg kekusutan ditukar bersama senyumannya yg menyenangkan.Sy terus mendepaninya dlm keadaan bersila smbil cuba membaca apa yg Allah sedang aturkan ini.
‘’keif hal ya akhi,enta malizi?.Beliau memulakan taaruff dan sy menyusulinya.Beliau lulusan Azhar dan kini sedang berada diMesiR sebentar.Diawal bulan 4 nanti,beliau akan kembali ke Qatar untuk meneruskan usaha dakwahnya disana.Disana juga beliau menjadi mudir untuk sekolah di bawah cawangan Al-Azhar.Semoga Allah permudahkan beliau.
Kami mula rancak berbicara.Dari permasalahan di Malaysia sehingga lah apa yang berlaku di saentero dunia.Kurafat,bida’ah,syiah,ahli-sunnah dan bermacam2 lg.Sudah pasti sy yg banyak mengangguk,terase kerdil ilmu ini didepan para ulama’.Kalamnya tersusun ,bersilang bersama hadis2 dan al-quran.Kadang2 bukan kerana isi yang ingin disampaikan membuatkan sy terasa senang,tetapi senyuman,pandangannya,sentuhan2 ukhuwwah ketika berbicara dan adab2nya.’Inilah ciri2 daie’,bisik hati sy ketika itu
Sy cuba membaca perancangan Allah.Mungkin,kehadiran beliau mmg ingin merungkai beberapa perkara yg terbuku dihati sy.Hanya di rumah Allah tempatnya bermula ketenangan.Sy cuba menghulurkan benang2 yg tersimpul,satu persatu pula beliau longgarkan.Begitulah bagaimana beliau ‘memudahkan’ apa yg sy rase susah selama ini.Kadang2 terangguk2,kadang2 tergeleng2,begitulah sy saat itu.
1jam kami berbicara.Kemudian die perlu beredar diatas urusan lain.Bicara2 ukhuwah yg sy rasekan 1 jam itu sy pasti sy akan rindukannya.Dari 1 jam bersamanya,beliau meninggalkan sy dgn mutiara2 yg sngt bermakna.Dan sy harap dpt kongsikannye.
My beloved friends,lihatlah ruang2 nasihat yg Allah berikan pd kita.Kadang2 tanpa kita sangka di datangkan kita ‘mulut2nya’ untuk mengingatkan kita.Untuk sy,mungkin syeikh itu.Dan untuk anda,mngkin ada yg lainnya.Kerana itu Allah berkata,
‘’…berjalanlah kamu ke segenap bumi,dan menyaksikan pengajaran2 untuk orang yg mendustakan Rasulnya’’-Al-imran-
Jd,belajarlah untuk keluar dari kepompong.Bukan duduk dirumah sahaja,menjadi pencuci pinggan yg setia.=).Insya Allah2.
‘’Diwajibkan keatas kamu untuk berperang,padahal itu tidak menyenangkan kamu.Tetapi boleh jd kamu tidak menyenangi sesuatu perkara,padahal itu baik bagimu.Dan boleh jd kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu,Allah mengetahui,dan kamu tidak mengetahuinya’’-Al-baqarah-
Dari banyak2 perkara,sy suka huraikan pesanan ini.Sesungguhnya,Allah menciptakan kebanyakan perkara itu tidak pasti.Sedar kan?Bila kita baca ayat al-quran ini,kita akan rasakan tak adil lah Allah buat macam ni.Macam mane nak tau itu baik ke tak?Yang ini baik ke tak?takda jawapanlah owh YA Allah =)Atau ayat quran itu yg salah?tak mungkin.Tp,itulah Allah.Die mahu mengajar hambanya bergantung sahaja pdNya,yakin pdNya dan berdoa hanya pdNya.
Tapi,ada formulanya.Sangat penting untuk iman kita.
‘’Segalanya adalah baik jika dari Allah’’
Jd,tak perlu risaulah ape2 yg berlaku.Yang penting kita sedar apa yg sedang berlaku dan jgn berjauhan drNYA.=)
InsyaAllah,teruskan berdoa.Lupakan diri kita bila berdoa ttg kebahagiaan.Dahulukan kebahagian mereka disekeliling kita.Ameen.
(tenext Cyber Cafe,Kaherah,Isnin)



1 COMMENTS:
untungnya akhi dpt jmpe org mcm ni...sy hrap sy pn dpt jmpe mrk2 ni 1 hari nnt...tp bhs arab x pandai mane pn utk nk dbawak bercakap,hehe
Post a Comment