Sunday, April 05, 2009

BABAK 18-Begitulah Kisahnya..

Salam.
''Babak 18-Begitulah kisahnya'.Ini salah satu soft copy dr penerbit salah sebuah buku motivasi 2 tahun dulu (time spm) .Sy pun dah lost contact n bukunya pun sy tak dpt lg,sbb fly ke Mesir.That time,penerbit minta sy tuliskan salah satu slot untuk ruang motivasi ntuk student2 about Al-Quran specificnya,dan umumnya motivasi la kot =).So,panjang snanye ni,sape bleh bce smpai habes,leh tuntut hadiah nanti .hehe.smoge bermanfaat.

BABAK 18-Begitulah Kisahnya

Individu yang telah melakar kejayaan dalampelajarannya pernah berkata bahawa salah satu resipi kejayaan mereka ialah menjadikan seseorang yang telahberjaya sebagai mentor atau rol model untuk diteladani. Teruskan usaha anda membongkar rahsia individu ini. Dengan cara ini, ia mampu memperkasa motivasi anda untuk melakar kejayaan dalam pelajaran anda. Mungkin lebih baik berbanding mereka. Pembuka Bicara Bahagian memperkasa motivasi ini saya akhiri dengan babak yang ditajukkan sebagai “Begitulah Kisahnya”.

Rasional tajuk ini dipilih kerana ingin saya kongsikan kisah seorang sahabat saya. Maka, begitulah kisahnya. Sahabat saya ini pernah dipilih oleh pihak Majalah Fokus SPM 2006 terbitan Kumpulan Karangkraf untuk menghiasi ruangan anak wawasan.Beliau ialah Mohd Akhimullah bin Mohd Yusof Al-Hafiz yang merupakan bekas pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Hira'. Saya akan kongsikan dengan anda pengalaman beliau sepanjang bergelar sebagai seorang pelajar tahfiz al-Quran disamping tidak mengabaikan pembelajaran akademik. Walaupun kisah yang dipaparkan tentang seorang pelajar tahfiz, anda boleh jadikan motivasi dari kisah ini untuk diterapkan dalam diri anda sebagai seorang pelajar.

Begitulah kisahnya.

inilah ''KisahkuDiriku'', atas cadangan penulis, aku terdorong untuk kongsikan sedikit pengalamanku. Aku tahu, aku bukanlah orang yang terbaik untuk kongsikan hal ini. Namun, atas dasar perkongsian ilmu aku lakukannya. InsyaAllah tidak terdetik di hatiku untuk bermegah-megah, tetapi bagiku tidak salah kiranya aku kongsikan apa yang Allah anugerahkan kepadaku dengan niat mudah-mudahan Allah s.w.t ranGsang diri anda untuk melakar kejayaan yang lebih berbanding dengan diriku yang tidak seberapa ini.

Langkah Pertama

''Aku dulu bukannya seorang yang amat berminat untuk membaca al-Quran, apatah lagi untuk menghafalnya. Apabila kawan-kawanku sudah bersedia untuk menghafal surah-surah pilihan, tetapi aku masih lagi merangkak-rangkak untuk menghabiskan pakej pembelajaran Al-Quran Iqra’. Itulah aku, yang hanya tahu bermain dan bersuka ria di kala itu.Setelah melangkah ke darjah enam, Alhamdulillah aku baru boleh membaca al-Quran, walaupun tidak selancar rakan-rakanku.Sedangkan yang lainya sudah menghafal. Sungguh seronok untuk ku ceritakan kisah hidupku bersama Al-Quran. ''

''Setelah setahun berlalu, tibalah saatnya untukku menjejakkan kaki ke sekolah menengah.Ramai rakan-rakan yang mengajak aku untuk memasuki ke Maahad Tahfiz terlebih dahulu. Ketika itu tidak dapat aku gambarkan semangat ku untuk mendaftarkan diri ke Maahad Tahfiz. Mana taknya, aku berasa sungguh seronok setelah aku berjaya membaca Al-Quran sejak setahun yang lalu (sewaktu darjah enam).Aku sedar, walaupun aku telah ketinggalan jauh berbanding rakan-rakan ku, namun aku gagahi jua langkah untuk memartabatkan warisan Rasulullah s.a.w. ini. ''

''Tetapi, aku tewas dek bisikan hati yang meragui kemampuan diriku untuk menghafal Al-Quran setelah aku memasuki maahad tersebut.Maka, aku mengambil keputusan untuk tidak memasuki Maahad Tahfiz. Namun demikian, cita citaku untuk ke sana untuk menghafal Al-Quran tetap membara. Tuntas, aku membina strategi dan perancangan sendiri. Aku bertekad untuk masuk ke sana setelah tamatnya pembelajaran tingkatan tiga dan menduduki PMR di Sek. Men. Islam Hira’. Untuk makluman anda, sekolah saya kembar kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’.Bagi memastikan agar aku tidak tewas lagi dek bisikan negatif yang menjadi batu penghalang untuk aku ke Maahad Tahfiz, maka aku perlu menyiapkan diriku terlebih awal. Sekolahku juga mensyaratkan setiap pelajarnya menghafal sekurang-kurangnya satu juzu’ Al-Quran pada setiap tahun sesi persekolahan.Contohnya, sewaktu tingkatan satu, para pelajar dikehendaki menghafal juzu’ 29. Diikuti dengan juzu’ 28 setelah ke tingkatan dua juzu’ 27 untuk tingkatan tiga. Ketika di tingkatan satu, aku bersungguh-sungguh menghafal juzu’ 29. Hasilnya, dengan izin Allah aku berjaya menjadi antara tiga orang yang terawal dapat menghafal juzu’ 29. Semuanya bermula dengan semangat yang kubina setelah aku mengambil keputusan untuk tidak ke Maahad Tahfiz.""

''Mengimbau kenangan silam, ketika rakan-rakanku yang lain asyik melayari bahtera tidur, aku gagahkan diri untuk menghafal Al-Quran. Semangat ini diperkukuhkan dengan prinsip, “untuk menjadi seorang yang luar biasa, perlunya usaha yang luar biasa”. Sebagai motivasi, aku bisikkan pada diriku, “orang yang biasa hanya tahu tidur sahaja seperti rakan-rakanku yang sedang tidur. Tetapi orang yang luar biasa akan melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh orang yang biasa”.Apabila tibanya hari untuk dinilai hasil hafalan bersama ustaz, aku membaca lebih banyak ayat berbanding rakan-rakanku. Aku teruskan tabiat ini bermula dari tingkatan satu sehinggalah tingkatan tiga. Bertambah lagi semangatku apabila aku berjaya meletakkan diriku antara yang terbaik setiap tahun.Kejayaan itu menjadi pembakar semangat untukku mendalami ilmu Al-Quran. Kemuncak pencapaianku sewaktu di Sek. Men. Islam Hira’, aku dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Hafazan ketika di tingkatan tiga. Usahaku tidak terhenti di situ kerana matlamat aku untuk ke Maahad Tahfiz semakin berkobar-kobar. Itulah yang aku rancangkan sejak di tingkatan satu lagi.''

''Melangkah Kaki Ke Maahad TahfizSetelah melepasi ujian yang diadakan, akhirnya aku diterima masuk ke Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’. Maka, bermulalah lembaran baru sebagai seorang pelajar tahfiz. Suka dikongsikan beberapa tindakan yang telah aku lakukan untuk mempersiapkan diri ke maahad itu. Salah satu caranya ialah aku bertanyakan pengalaman mereka yang pernah melalui dunia sebagai seorang pelajar tahfiz dan telah berjaya merealisasikan impiannya.Bagi memastikan agar aku tidak shock dengan dunia sebagai seorang tahfiz, maka aku mula menghafal beberapa muka surat awal beberapa minggu sebelum mendaftarkan diri Maahad Tahfiz. ''

''Setelah menanti beberapa ketika, maka tibalah saatnya aku melangkah kaki ke sana.Motivasi Pertama Minggu-minggu terawal aku di Maahad Tahfiz, aku perhatikan semua pelajar bagitu bersemangat dan memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap amanah yang terpikul. Inilah motivasi pertamaku. Bukankah permulaan yang baik amat penting untuk seseorang itu melakukan sesuatu perkerjaan?.Aku nekad untuk menjadi pelajar pertama yang dinilai mutu hafalan oleh ustaz serta membaca lebih ayat berbanding yang telah ditetapkan. Dengan cara ini, kita akan lebih bermotivasi untuk terkehadapan berbanding pelajar-pelajar lain. Bukannya ini menunjuk-nunjuk, tetapi ini adalah persaingan yang sihat. Tambahan pula, ada seorang rakanku yang mempunyai kebolehaan menghafal yang agak baik dan aku jadikan dia sebagai pesaing terdekatku.''

''Dalam keghairahan menghafal Al-Quran, aku juga didatangi dengan satu penyakit yang boleh menggoyahkan aku iaitu malas. Aku manjadi malas untuk menghafal dan aku menjadi malas untuk datang ke kelas. Namun, aku tidak akan membiarkan penyakit ini memudaratkan aku.Langkah terbaik ialah muhasabah diri. Aku tanya diriku, “mengapa aku jadi begini? Islam sendiri amat menyarankan agar umatnya sentiasa muhasabah diri. Setelah itu, aku dapat kenalpasti bahawa ada kesilapan yang aku lakukan. ''

''Salah satunya ialah niatku. Aku sendiri dapat rasakan bahawa aku semakin terlupa dan terleka.Walaupun nampak kecil, elemen niat memainkan peranan yang penting dalam setiap perkerjaan yang dilakukan. Aku yakin dan percaya, niat yang betul dan bersih kerana Allah akan memangkinkan motivasi diri untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Salah satu perkara yang boleh aku lakukan ialah dengan mengingatkan diri agar sentiasa memperbetulkan niat.Namun demikian, kadang-kadang terdapat juga waktu yang susah untukku menghafal Al-Quran. Jika diamati hari-hari yang berlalu, akhirnya ku dapati bahawa ada ketikanya banyak kemaksiatan yang dilakukan. Salah satu cara untuk mengelakkan perkara ini berlarutan, maka aku membuat kesimpulan bahawa kemaksiatan akan mencacatkan perkara yang murni. ''

''Selain itu, aspek pemakanan juga harus diambil kira. Untuk itu, aku cuba elakkan memakan makanan yang diragui kehalalannya. Demikian juga dengan makanan yang masam dan mi segera.Selain daripada perkara-perkara di atas, aku juga cuba untuk tidak terlalu banyak berkata-kata terutamanya perkataan-perkataan yang sia-sia. Ini kerana kata-kata itu akan membuatkan hati kita hitam dan gelap. Lantaran Al-Quran yang suci bersih hanya terletak di tempat yang bersih khususnya hati.''

Rutin Harian Seorang Pelajar Tahfiz.

''Aku berpendapat, kehidupan seharian di Maahad Tahfiz sebenarnya merupakan satu kehidupan yang menyeronokkan dan sukar untuk ku cari di tempat lain. It’s all about Al-Quran..di situlah aku mendapat ketenangan; mana taknya, kalau berjumpa ustaz, ustaz yang hafiz Al-Quran, jumpa rakan-rakan, rakan pun turut hafiz Al-Quran, “toleh kanan dan toleh kiri, ada Al-Quran”.

''Namun, hanya individu yang bermatlamat sahaja akan merasai kenikmatan berada di Maahad Tahfiz.Bangun seawal jam lima pagi menjadi kebiasaan ku. Waktu inilah saat dan ketikanya yang agak segar dan tenang untuk memulakan aktiviti seharian. Ketika inilah aku dapat menghafal dan membaca Al-Quran dengan tenang disamping dapat ‘berkhalwat’ dengan Tuhanku. Ku yakini, itulah kekuatan ku untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Ku sentiasa berdoa agar Allah permudahkan segala urusanku. Ameen!''
Membina Estim Diri.


''Kekadang aku melihat ramai manusia yang pasrah dan hanya mengatakan bahawa mereka tidak mampu. Aku ambil itu sebagai cabaran bukannya halangan. Bagiku tiada istilah ‘tidak boleh’ dalam kamus hidupku. Selagi kita berusaha, yakinilah bahawa Allah akan memberikan ganjaran dan menunjukkan jalan untuk mempermudahkan urusan kita. Aku jadikan ini sebagai tiupan semangat untuk aku bulatkan hati hafiz Al-Quran.Kata-kata positif seperti, “hendak seribu daya, mahu seribu cara” dan “aku mampu buat” adalah kata-kata keramat yang membakar semangatku. Dengan izin Allah, aku telah mula rasai nikmat dariNya. Sekiranya sesuatu yang aku impikan tidak kesampaian, aku cuba latih diriku agar tidak terus menyalahkan pihak lain. Sebaliknya, aku salahkan diriku sendiri lantaran kelekaan dan kelalaian yang telah mendatangiku.Aku sering menebus kelalaian dan kelekaan diriku itu dengan menghukum diriku sendiri. Umpamanya, aku sanggup mengorbankan waktu bermain untuk menghafal Al-Quran. Aku cukup yakin bahawa kejayaan hanya hadir selari dengan displin.Aku berpendapat, salah satu kaedah yang boleh dilakukan untuk membimbing dan tarbiyah diri sendiri ialah dengan memberikan galakan, dorongan, semangat dan bimbingan kepada orang lain yang memerlukannya. Sifirnya mudah, secara tidak langsung kita dapat mengingatkan diri sendiri. Ia juga umpama kita berdoa. Seandainya kita doakan yang baik untuk orang lain, maka kita juga telah mendoakan kebaikan itu untuk diri kita sendiri.''

Mendepani Cabaran.

''Sebagai seorang remaja, aku juga tidak boleh lari daripada bermacam-macam masalah. Masalah inilah merupakan ujian daripada Allah s.w.t. untuk menguji sejauh mana kekuatan ku memikul amanah sebagai seorang pelajar tahfiz. Aku berpendapat, jika masalah-masalah yang melanda tidak dapat diselesaikan terlebih dahulu, maka sedikit sebanyak ia akan menjejaskan hafalanku. Oleh itu, tidak boleh tidak aku perlu menyelesaikan masalah itu terlebih dahulu sebelum aku dapat meneruskan hafalanku.Salah satu masalah yang sering melanda remaja ialah ‘cinta’. Ramai pihak yang mengandaikan cinta pada peringkat ini adalah ‘cinta monyet’. Justeru, aku sentiasa ingatkan diriku, ‘jangan sesekali terjebak dengan cinta’. Itulah ungkapan keramat yang ada dalam diriku. Jika bercinta, lumrahnya kita akan sentiasa ingatkan pasangan tersebut. Apabila terlalu ingatkan “si dia”, maka dibimbangi hati kita tidak akan dapat lagi untuk memberikan tumpuan kepada Al-Quran.Antara faktor terbesar yang dapat memimpin diriku untuk menghafal Al-Quran dengan baik ialah dengan menganggap bahawa menghafal ini bukanlah salah satu subjek sahaja. Tetapi, biarlah ia hadir dari dalam diri. Setkan minda utuk kita mendalami dan memahami ilmu yang terkandung di dalammnya.Jika sebelum ini aku hanya mendengar dan membaca sahaja. Tetapi, setelah mengkaji isi dan makna darinya, maka bertambah seronok untuk ku mendalaminya. ''

''Demikianlah juga dengan kerja dan aktiviti kita yang lain. Kita perlu mencari turning point atau mencari keseronokan yang terkandung dalam sesuatu kerja itu. InsyaAllah, semangat itu akan datang.Proses menghafal Al-Quran sebenarnya merupakan satu proses yang amat penat. Diriku sendiri dapat merasainya setelah memerah otak untuk menghafal ayat-ayat Al- Quran. Perlunya membahagikan masa dengan baik supaya otak ini tidak menampung beban yang melampau. Justeru, masa adalah antara unsur penting dalam diari seorang pelajar tahfiz.''

''Akhirnya,Akhir sekali, meaku mendapati bahawa perubahan memerlukan satu kesedaran yang dalam. Ia akan menentukan arah tuju tindak tanduk yang bakal kita lakukan. Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah s.w.t. kerana menganugerahkan kesedaran kepadaku. Begitulah kisah pengalaman ku setelah melalui alam persekolahan yang dinamakan sebagai Maahad Tahfiz Al-Quran. Apa yang baik, datangnya dari Allah s.w.t, dan yang kurang itu sudah pasti datangnya dari diriku yang dhaif ini.''

p/s:Bile bace balek bende yg ditulis 3 tahun dulu,diri sendiri pulak termotivasi~Sendiri tulis,sendiri rase.Cam pelik je.ade part2 yg rase termotivasi tak? hehe :) (tulisan time mude2)

wassalam

8 COMMENTS:

{ uMy } said...

da abes bce!
mane hadiah nye.. XD~

ningurlz said...

best! [thumbs up!]
congrats.. teruskan menulis ya akh~
tp, jgn lupa baca buku ye...hehe
ala kulli hal, bittawfeeq wannajah..!

. said...

umy : collect point dulu.:),nnti da bnyk ana bg boucher terus..

ningurlz: take that thumbs,hehe.insyaAllah,klau ade mase.
salam imtihan.

p/s: da agak ni,mmg fefuan je rajin bace pnjg2 nih ..hehe.

haidar said...

rasa termotivasi juga..terharu ade jiran sekampung seperti kamu...kirim salam org kampung..balik x bitau pon...

danialarief said...

this is gud stuff abg akhi

-danial-

~alhuda~ said...

incik akulah kaulah,
nak kutip smangat kamu juge bole?

indah kan hidup dlm bi'ah alquran.kiri kanan kawan2 mujahadah cari modal tasmi' quran.kalo tgh2 down pon jd stimulated balek bile tgk mjhdh mrk.

huu rndunye nk rse suasane cmtu lg :(

Haikal Zubir said...

aduh!!.
sejarh tetap sejarh..
t'ingt lak ana kt maahad lu..

sakura_abyad303 said...

thanx akhi sebab sudi kongsi same2,such a good spirit,bile bace entry ni baru dpt rasakn kekuatan dlm diri sendiri...keep it up,moga dpermudahkn semua urusan