
Salam.Di atas keperluan,Insya Allah post kali ni 'berat' sedikit.Kene btul2 fahamkan satu2.Wallahu'alam , samada level rendah sngt or tinggi sngt cerita ni.Harap manfaat.
It's,``Our Team’’
Mereka bercita2 menjadi sebuah pasukan yang handal.Mempunyai pemain yang kuat,jurulatih yang hebat bahkan lengkap segalanya.Tiada siapa mampu mengalahkan mereka..
Meraka tidak pernah berhenti berlari.Mereka tidak pernah berhenti berlatih.Secara individunya,mereka sukar untuk ditewaskan.Begitu tinggi azam mereka.Alhamdulillah.
Tetapi,
‘’Adat pertandingan,ada yang menang dan ada yang kalah’’.Walaupun begitu,apa yang menarik di pertandingan ini.Pasukan yang akan menang sudah diketahui.Cuma siapa pemain2nya pula,tiada siapa yg tahu.
Dalam pada itu,perlawanan akhir semakin mendekati.Setelah banyak perlawanan persahabatan sebelum ini,ada kalanya mereka menang ,adakalanya mereka kalah.Mungkin perlawanan kali ini penentu segalanya.Semua pemain sedar,ini adalah pemangkin karier mereka.Masing2 ingin memberikan yg terbaik untuk perlawanan ini.
Disebuah bilik persalinan,Mereka mula mengatur strategi.
‘’Aku rasa,kita gunakan strategi 7-2-1 la.7 orang defender,2 orang midfielder dan seorang striker.Harap2 nya tak bolos gawang kita ’’ujar Ahmad,selaku defender pasukan.
‘’Eh,game hari tu kita kalah
‘’Aku yakin,dengan cara menyerang , kita sure menang.Tak perlu lah ada defender dan miedfielder ramai sangat.Semua join je aku jadi striker.Keeper,sepak bola sampai atas n then kami score,ok?’’syukor menyambung dgn yakinnye.
‘’Ish ko ni.Kalau kite kene serang?Larat ke ko dan lapan org yg laen nak turun balek?Kita bukannya ada kepantasan n kekuatan yang sama.Kita kan manusia biasa.Terbatas dan tidak sempurna.Cube kite pikir?’’
‘Errr..mmmmm’
Masing2 buntu seketika.
‘’Ok ,kawan2.Istighfar banyak2 (Islamic team nih :) ).Bagi aku,meyerang sangat pun tak elok,bertahan sangat pun tak bagus.Kita ni kan dilatih dari kecil dengan pelbagai pendekatan.Jadi cara kita berbeza2.Ada yang dilatih jadi striker.Ada yang terer jadi miedfielder .Ada pulak yang kental untuk defender.’’Izzat selaku kapten mula bersuara.
‘’Kalau kita letak 7 orang defender.Bukan semua orang mampu jadi defender yang baik kan?Btul tak ahmad?Dan kalau kita letak 9 orang striker,tak semua orang sepak tepat
macam ko,tak gitu syukor?Rugilah potensi2 pemain2 kite kan?’’Izzat menyambung sambil menjeling2 kearah mereka.
Izzat cube lagi membuka mentaliti sahabat2nya.
‘’Tapi yang uniknya kita ni,kita masih dalam 1 pasukan.Sebab matlamat kita sama.Kita nak kalahkan musuh kita.Dan kita juga nak dapat redha pihak pengurusan.Inilah titik tolak persamaan kita selama ini.Kerana itu kita masih disini sambil melaungkan ucapan yang sama.Sebab mereka juga penentu karier kite nanti.’’
‘’Abes tu?macam mana ni Izzat?’’Syukor mencelah sambil mencemik muka.
‘’Ok.Syukor,ko berpengalaman sebagai striker.Ko berlatih betul2 dengan striker2 yang laen.Kite taknak masa kita dibazirkan dgn benda remeh temeh.Berlatih jugak untuk bertahan,mungkin korang perlu tolong miedfielder dan defender nanti.’’Izzat menerangkan pada Syukor tentang peranannya.
‘’Begitu juga yang lain.Gunakan kepakaran di tempat masing2.Buat pilihan posisi yang sesuai untuk korang.Kita akan gunakan formation 4-4-2.Setiap posisi adalah sangat penting.!!Striker sahaja tidak mampu memenangi perlawanan ini,begitu juga defender dan miedfielder.Kerana itu munculnya banyak posisi didalam permainan ini.Kerana tiada siapa mampu menjadi sempurna.Tolong menolong disetiap posisi,jika perlu.Kemudian,berjuang sungguh2.!!’’Izzat terus lantang bersuara.
‘’Tapi ,macam mana kami mampu berkerjasama?’’kata ahmad.
‘’Secara umumnya,kita jaga sahaja posisi kita.Buat yang terbaik untuk posisi kita.Cume,kalau lah striker kite yang 2 orang tu bergaduh dengan 4 orang defender die,takkanlah kita nak duduk lagi kat tempat kite je?Betul tak?’’
‘’Betul kapten!!’’gempita bilik persalinan mereka dengan semangat yg berkobar2.
Semua pemain semakin faham dan jelas dengan peranan mereka.Kata2 kapten tadi cukup menusuk dihati mereka.
Tiba2,
‘’Bagaimana kami selaku pelatih2 dan pelapis2 ni?’’salah seorang pemain pelapis mencelah sambil bertanya.
Syukor menjawab.’’ Segeralah mencari bakat dan kecenderungan posisi korang.Pemain2 senior akan tunjukkan kemahiran2 yang mereka ada dan buat la pilihan selepas itu.Insya Allah,semua posisi sangat penting dan menyumbang untuk pasukan kita’’
Semua pemain terangguk2 dengan kata2 kapten mereka.Masing2 bangun dan menuju ke padang latihan.Belum sempat mereka melangkahkan kaki,kapten bersuara lagi.Kali ini lebih tegas.
‘’Hanya ada satu yang akan menguatkan pasukan kita,jelaslah kerana apa kita berjuang dan berkoban diatas padang nanti’’
‘’Baik kapten!!’’
wallahu'alam.
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata:”Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata:”Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata:”Kerana inilah tanganku dipotong” Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu, tiada mereka mengambilnya sedikitpun (Muslim).


5 COMMENTS:
hhuuiisshhh...susah nihh..tersirat sggh..
huh?
nice!
Suka sangat tersirat2 ni...
Allah2 hebat2 terima kasih akhi jzkk
Post a Comment