Wednesday, November 24, 2010

The second chance.

Bismillah,
Hampir 2 jam terbaring diatas katil cuba untuk melelapkan mata.Pelbagai perkara/isu bermain didalam kepala.Kadang-kadang keletihan fizikal lebih ringan dibandingkan keletihan beberapa gram otak yg terus berfikir dan berfikir.Untuk mengisi 'masa-masa terbuang' sementara menunggu lelap,sy capai tafsir al-quran diatas rak
(tq kpd yg menghadiahkannya).Mungkin ada manfaatnya dr mengelamun keseorangan.

'Di antara orang orang Mukmin itu ada org org yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah.Dan diatara mereka ada pula yg gugur,dan diantara mereka ada (pula) yg menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah (janjinya).'
-Al-Ahzab 23.

Sekali selak,Allah terus hadapkan ayat yg sngat popular smnjak dibangku sekolah lagi.
Sy terus berminat membaca ,seakan sesuai untuk jiwa remaja/pemuda seperti sy dan juga anda yg sebaya.

'Agar Allah memberikan balasan kepada org-org yang benar itu kerena kebenarannya,dan mengazab org yang munafiq jika Dia kehendaki,atau menerima taubat mereka.Sungguh Allah Maha Pengampun,Maha penyayang.'-Al-Ahzab 24.

Anas bin Malik menceritakan,ayat ini diturunkan kepada Anas bin Nadhar yg tidak ikut perang Badar bersama Rasulullah.Ia merasa berdosa dan berkata,'Aku tidak ikut peperangan pertama bersama Rasulullah saw.JIKA AKU MENDAPAT KESEMPATAN BERPERANG BERSAMA RASULULLAH LAGI,ALLAH AKAN MELIHAT APA AKAN AKU LAKUKAN.Beliau pun menyertai peperangan uhud,sehingga wafat sebagai syudaha',diiringi 80 luka tusukan tombak dan 12 panah.(Muslim & Tarmizi).Subhanallah.

Fenomena pelajar keluaran sekolah agama.
Hilang dan tidur,seakan ilmu dan segala kefahaman itu lenyap setelah melangkah keluar pintu pagar sekolah.Tersentak sy ,terasa sngt jauh dibandingkan azam & pratikal yg ditunjukkan As Syahid Anas bin Nadhar sehingga dizinkan Allah untuknya syahid.

Cukup 2 ayat untuk rasa bersyukur.Syukur kerana didalam usia remaja dan pemuda kita ini ,Allah memberi peluang ntuk kita membaca kisah ini.Lantas mengingatkan,di golongan manakah kita berada skrg?Bersama angkatan dakwah itu ?atau masih berada di golongan yg menunggu2 dan menanti tanpa usaha hidayah yg tidak kunjung tiba itu.Lalu Allah akan tukarkan kita kpd kaum yg lebih sanggup dan mahukan syurga Allah sprt didalam firmanNya.

Jika As syahid Anas bin Nadhar diberi 'second chance' oleh Allah swt sewaktu di Perang Uhud.Adakah kita tahu bila second chance yg akan Allah berikan pula pd kita?Pilihan diatas tangan kita.Tidak perlu tunggu tahun baru,sy sudah berazam.Bagaimana dgn anda?
Wallahu'alam.

1 COMMENTS:

Mohamad said...

Yep.. akhi.. pilihan di tangan kita..

Gerakan dakwah ini bukan sekadar klinik utk merawat manusia..

Tp kilang untuk menghasilkan pejuang agama..

Bagaimana bahan mentah kilang dipilih?

Doakan kita semua sama2 tergolong dalam kafilah yg tidak menanti sesiapa...