Kerana lelah,
Mata yang celik dilenakan Tuhannya,
Seperti apa yang dipinta hambanya,
Impian mimpi memenuhi jiwa,
Berlayarlah ia mengemudi bahtera.
Angin berbahasa suara yang berbeza,
Ombak beralun mengikut rentak irama,
Bahkan si nakhoda masih lena di singgahsana,
Bahtera berlayar membelah lautan dunia,
Tanpa arah,
Hanya resah dan gelisah.
Satu,
Dua,
Pulau dan persisiran silih berganti,
Tiada usia pada masa dilautan ini,
Keliru antara fantasi dan realiti,
Celik mengemudi tidak akan sendiri.
Ombak memukul ke sekian kalinya,
Bahkan nakhoda lena di singgahsana,
Andai mengikut citarasa dunia
Karamlah ia, di telan lautan dosa
Sudah terlalu lama,
Sudah terlalu lama,
Impian mimpi melayari masa,
Sehingga terlupa sauh perlu mendarat didasarnya,
Berlabuh untuk berbakti pada bangsa dan agama.
mullah akhi
0525
11062011



3 COMMENTS:
Masya Allah.. pensel telah diasah semula..
sila fokus kpd perkara yg lebih besar...sudah2 la dgn malayani perkara yg tak ada masa dpn lg..igt anda seorg daei...maaf salah silap
azly : biasa2 je,bkn pndai mcm nta pun.malu nk tulis..
anonymous : tq,ade jgk org amik berat psl sy :).itu plg besar bg sy.hehe
Post a Comment