Tuesday, February 17, 2009

''bayi tidak berbaju,fokus susu ibunya''



(jangan baca tajuk diatas sebagai sebuah ayat) =)
Salam.Bismillah walhamdulillah.Moga tuan mata-mata yang sedang mengekori butir2 tulisan ini terus berada dalam penjagaan Allah s.w.t.Ameen

Maaf diatas tajuk yg mungkin tidak berape menyenangkan dan megelirukan.Sukar memilih tajuk,menyebabkan sy menggabungkan tajuk2 yg terlintas didalam kepala sy untuk artikel ini kepada sebuah ayat  .Sudah lame sy kepingin menulis ttg ini,cuma masa kadang2 terlalu cemburu pd sy.Dan hari ini syukur,mngkin cemburunya ada batasan dan smpandannya juga.

Kalian ingt tarikh itu?Malaysia yg kalian syg itu peRnah digemparkan dgn kehadiran seorang bekas penyanyi nasyid yg berbakat ke dalam industry muzik(slain nasyid).Kehadiranya diakui dari segi vocal dan penampilannye.

Dan tarikh itu pula?Tarikh beliau mungkin diuji Allah s.w.t.Dan tarikh itu juga Allah ingin mengajar sesuatu pd kita.Sekali kali gmpar tanah air kita.Bermelodikan ‘’kau bagaikan udara,’’,manusia yg tdnya lengkap berbaju dan berseluar.Kini hanye setia bersama sehelai jeans lusuh sahaja.ah..Kalut juga nantinya.

ya ‘’Kalut’’.Seperti jam loceng.Ingatkan ayam sahaja berkokok dipagi hari.Rupa2 rupanya,kucing,lembu dan kambing juga ingin bersama2.Bukan sahaja kaki2 seni,bahkan menteri,dato’,yb2 dan selainNya turut bersuara.Lantang.Kencang.Masing2 bersama pendapatnya.

sup sap sup sap.Sepakat.Artis itu di’’ban’’ berbulan lamanya.wah.Hebatnya bi’ah Negara kita.Begitu serius dalam menutup unsur2 jahilliyyah.
ARTIS BERJANTINA LAINYA : ‘’Ah,lega..naseb baik aku tak di ‘ban’ skali.
SAYA? : terus terpinga2…bukankah artis perempuan itu lebih itu,lebih ini…ehh..

Selesai.
-------------------------------------------
‘’Nabila.Seorang bayi kecil.Baru sangat melihat dunia.Yang hanya menangis dan menangis.Mak bg mainan itu,nangis.Mak bg mainan ini,nangis jugak.Mak bg susu,nangis .Mak bg susu mak,diam .Nabila tak menangis lagi.

Itu kenapa?Kerana selahirnya nabila didunia,ibunya mengajar ,mementalkan nabila bahawa susu ibunya adalah segala galannya pdnya.’’
selesai.
-------------------------------------------
Apa dia pula yg ‘’tak berbaju itu’’
‘’Bila tak berbaju lebih ditakuti’’,seorang remaja lebih minat bercakap ttg cinta,menangis kerana cinta,dari menjadi seorang Salahuddin AL-Ayyubi juga Muhammad AL-fateh diusia remajanya.
‘’Bila tak berbaju lebih ditakuti’’,seorang menteri/pejuang/pemimpin lebih merelakan Agamanya tercalar,dari melihat anak2 atau isteri dicalari.Lebih dari itu,mungkin keretanya juga dirisaukan amat.
‘’Bila tak berbaju lebih ditakuti,seorang remaja Bermuda-muda dengan usianya di sana dan sini seraya bersama tema ‘’tua nanti beramal lah’’.Sedang mati pula.haish.Melambai2 sahaja pada kita.

saudara,
atas ini intro sy.Isu di bawah ini pula,fokus sy.
‘’Bila tak berbaju lebih ditakuti’’,kita lebih takutkan kehilangan kekuasaan,dari hilangnya kekuatan.Apa itu kekuasaan? Ya pemerintahan.Apa pula kekuatan?Tidak lain dan tidak,merekalah pemuda2 yg telah dididik secara istiqamah dalam ruang lingkup tarbiyyah,bkn hanya pandai bersorak dan bertempik semata.

‘’Bila tak berbaju lebih ditakuti’’,kita taasub membuta tuli persatuan yg kita bersama.Kita menafikan pula yang lain ,yg mungkin berbeza pula pd furu’nya sahaja.Katanya,tidak mahu perpecahan.Tp,kita lupa pula yg kita sedang musuh2kan itulah perpecahan.Pelik,yang bersyahadah besama pula sukar diterima berbanding selainnya’’
rasanya terlalu banyak jika disenaraikan.Kita boleh renungkan2 yg laen.
selesai.
-------------------------------------------------
Kenapa dgn cerita NABILA? ,Kerana itu formulanya.Lihat sahaja mana2 bayi yang lahir kedunia.Tanya mereka,kalau bolehla.Apa yang pertama perlu makan untuk hidup?Jika 10000 bayi lahir,pasti 10000 itu menjawab susu ibu mereka.

Ini kerana,susu itu mmg sebenarnya2 faktor utama.Kedua,kerana bayi2 itu suci.Tidak dikotori.Tidak diajar yg laen2 perkara lg padanya.Tidak dimentalkan selain dari itu.
Begitu juga kita.Kita memerlukan ISLAM (al-quran n sunnah) sebagai susu.Dan kita perlu kembali menjadi bayi,supaya kita terus bersih dan suci.TIDAK DIKOTORI NIAT.TIDAK DI KOTORI PEMIKIRAN MAKSIAT.TIDAK DIKOTORI HATI OLEH DUNIA.Dari situ insya Allah,sinar2 islam akan kembali.Kerana itu untuk melahirkan peribadi2 ini,tidak lain hanya dari masa2 tarbiyyah yg sngt istiqamah.Bukan sekadar menghulur borang dan mendaftar dan mengundi.Bila teras ini tiada,kerana itu kita akan melihat focus ummat semakin jauh seperti yang saya utarakan diatas,walaupun pada dasarnya bertempiklah kita ‘’Sy pejuang agama Allah ini’’ dan sebagainya

‘’Salahuddin,mempersiapakan saf2 tenteranya untuk bertempur dimalam hari peperangan.Hanya yang bertahajjud,bersolat malam dan bertadarus yang berada di saf hadapan’’ –itu focus Salahuddin AL-Ayyubi dan beliau berjaya,walaupun pd matematik manusia.Apa gunanya?.Biarlah yg sasa2 dihadapan.

wallahu'alam.
akhir kata,
Da’I yang melihat dunia ini,past akan bersedih dan berkata:
''Telah bekulah daya juang di hati manusia itu
Mereka leka mencari kekayaan dan kehidupan yang rutin
kealpaan orang-orang yang baik dan semangat orang-orang yang keliru
hampir-hampir menggoncangkan daku dari cita-cita dan perjuanganku.''

Da’i itu pun mulanya menyalahkan dirinya sendiri.. takut-takut dia belum
betul-betul menyampaikan dakwahnya. Tetapi, segera dia merasai bahawa dia
telah melakukan apa yang termampu. Dia cuba memujuk dirinya demi
menghiburkan hati dan membelai kesabarannya sambil bermadah:

''Mereka melihat daku di musim gugur, Lantaran hangatnya laguku,

Bergembira bersama rakanku si burung camar
Tetapi aku dilahirkan di bumi
yang dipenuhi jiwa-jiwa hamba yang seronok diperhambakan.''.

Moga bermanfaat.
wassalam.
Al- rafie berkata:
''Kamu mencipta kata-kata hebat hanyalah untuk berseronok dengannya.''
nauzubillah.


Tuesday, February 10, 2009

Agnabi fi MISR ?Entry ini untuk anda

( with erti persahabatan’s (dehearty) mode)
Salam alaik.11.39:47 .mule menaip.

Sebentar lagi,bertambah lg 1 saat,1 minit, 1 jam dan seterusnya.Masa terus memakan usia,jarak,peristiwa,duka,sedih,gembira dan segalanya.Yang pasti segala yg laen akan berhenti,dan die,si masa itu terus berlari.constant dan istiqamah.

hari ini entah berape kekecewaan telah dimakan oleh masa.zup zap,zup zap,satu2 hati luruh,berderai sambil masa terus memerhatikan.Yang celik,mungkin terus bangkit mencari hikmah dihantar oleh AL-KHALIQ.Yang leka,mungkin menitis hujan dibirai mata yg terus lalai.
kekecewaan?,
pilihlah anda dimana.


putus cinta (knpa perlu pertama? =) ) ,repeat paper,carry paper,duit hilang,ayah marah,gado dgn bini,bertengkar dgn ahli beyt,hilang kawan,hilang harta,tak dpt kawin,taqdim ditolak,tolak taqdim? ,duit tak cukup,terase hati?,program tak jalan,cadangan tk diterima,gaji rendah,markah rendah,pekerja curik tulang,syarikat bangkrup.

sy tk mmpu listkan untuk anda.anda tambah sendiri untuk anda.Ya2,yg itu .YANG ANDA sdg FIKIR ITULAH,ITU KEKECEWAAN ANDA.usah bohonglah anda selalu bahagia2 saja.Di Tanjung Rambutan tiada internet rasanya. :) (anda akan mula tersenyum slpas 2 saat).

sy tak perlu panjangkan enty ini.Jawapan kekecewaan yg anda cari suda jelas dan tidak perlu disuluh.
kita yakinlah.``BENTANGKAN SEJADAH’’ ,ITULAH PENYUDAH.Selepas itu, kita akan bersedia toleh ke cermin untuk melihat kembali sekuntum senyuman.Tolong kwn,jgn cari jalan lain.Syaitan tiada cuti seperti kerja2 kita.

ok.sy sertakan seperti janji ditopik itu.Ini hadiah2 katenangan yg BUMI DEBU untuk kita.
1.Berjalan-jalanlah sekitar Mesir,usah beramai2.Lebih baik keseorangan.Lebih baik berjalan kakiGerakkan akal anda semase berjalan.Kerana ia mesir, sesuatu anda akan perasan.

2.Maghrib dan Subuh extra untuk anda jika anda lelaki.Subuh anda dimasjid,’lepak’ disana sampai fajar meyingsing.Begitu juga Maghrib, ‘lepak’2 dulu sampai isya’.

3.Carilah kawan,dari kalangan fakir2 miskin.Banyak,anda boleh cari di jalanan,berilah die sekuntum senyuman,dan tunggu kembali senyuman balasan darinya.Anda akan belaja sesuatu darinya.


4.Anda ada waktu selepas Asar?.Anda cari taman,di sana ade banyak kanak2 kecil yang bermain2.Comel2 mereka.Mereka juga mengajar anda.Bahkan tanpa bicara.Kenape ya?


5.Owh ya.Anda perlu ada kawan kecil.Sekecil yg mungkin.Carilah yg comel2.Anda akan tersenyum bila bersama2nya.


6.Anda keluar rumah.Anda jalan2.Sapa shj sesiapa org arab di tengah jalan,kemudian anda cerita masalah anda padanya.Jgn ambil contactnye,Jgn berikan contact anda padanya.Munkin anda tidak berase tertekan bercerita pd manusia yg anda tak kenal.Namun,mungkin anda akan dpt pula sesuatu walau skali anda bertemu dngnya.


7.Jika ada van ‘bank dam’ atau terjemahnye bank darah.Anda submit name,anda .Derma darah anda.Usah tanye sy mengape ia boleh berikan anda ketenangan.Buat shj.:)

8.Anda MEDIC student?,shuh2.Sila bawa diri anda sebentar ke kawasan dirasat.Dan begitu sebaliknya.Kadang2 katak juga masuk ke dalam air.

9. tak leh jugak? ..GI KAWEN LA..hehehe..


k,stakat tu dulu.lewat sngt da ni.insya Allah.tunggulah 1bulan lg post.hehe.
(tetibe membe masuk bilik td :
``bebudak gi mane?’’
``main boling’’ ? ngn slmbe sy jwb
``hah?’’
``boling pe pukul 1pg nie’’
‘’eh,snooker’’
nmpak sngt da ngntuk.)

p/s: Teringat thn lepas.Mencari ketenangan sambil melihat kapal terbang kat Cairo Airport.Bolehlah sape nak tiru.50 geneh je kot dari Mansurah pegi balik ke Airpot.=)
wassalam.Sirru Ala rahmatillah.Insya Allah

Sunday, January 04, 2009

Sengeh Palestin buat si'instant daie'

salam.atas doa ramai.post sudah dtg pada 2pagi mesir.:)


Panorama 1

1/January/2009

‘owh palestin,sedihnya hatiku..’

‘owh ..selamatkanlah sahabat2 kami ya Allah di Palestine’

tidak kurang juga,

‘Allahumma sur ikhawanana fi palestin’

Disana-sini.

‘boikot!! ‘boikot’!!

‘laknat Israel,laknat Yahudi’ ‘Jihad!!

ALHAMDULILLAH..masih ada yg menyayangi dan mempunyai hati.Tetapi,nanti pula.mungkin,10 januari,15 januari2009 .

Panorama 2

TV3,CNN,AL-JAZEERA pula bertalu2 ..

‘Israel telah mengundurkan diri dari Gazza’

‘Serangan Israel keatas Gazza telah diberhentikan’

Panorama 3

‘alhamdulillah’

‘owh Israel telah kembali,syukur ‘

sedikit masa,.1 january 2009,atau mungkin awal dari itu.

Panorama 1 kembali.disusuli Panorama 2.Panorama 3.disusuli dan menyusuli.dari hari,minggu ,bulan dan tahun.ganti dan silih berganti.tidak terhenti.

hingga bila pula panorama 4 akan muncul?sudah 60 tahun lebih.Panorama 1 ,2 dan 3 terus silih berganti.Bagaimana nasibnya Palestin?doa.boikot.demonstrasi?

hanya itukah jalannya?atau itu salah satu dr cabang JALAN SEBENAR YG LEBIH DI TAKUTI?.atau ada jalan yg tersembunyi?yg lebih ditakuti?

ikhwah,

Kekuatan ketenteraan bukanlah pada Yahudi.Keberanian juga bukanlah pada mereka.Sejarah telah menceritakan segala2nya.Dari sebuah bangsa pengecut,sehingga kini ditakuti malah digeruni.Mengapa?Tidak lain hanya kerana, kita yg makin lemah dan kita yg semakin penakut.

boikot?domentrasi jalanan?berteriak2 kesane kemari menggendong isu palestin?

salahkah?tidak salah.bahkan Alhamdulillah.

Cuma, terfikirkah kita. ia umpama bila anak perempuan kita sedang diperkosa dan dinoda dirumah,sedang kita pula mengangkat sepanduk dan berteriak dihadapan rumah.logiknye mudah bukan?Namun disebalik itu,pahala dan ganjaran usahlah pula kita nafikan dari setiap usaha.itu kerja Dia atas sana.

Jadi, bagaimana?berhentikan boikot?demontrasi jalanan? ,tidak.terus dan teruskan.Tetapi,isu ini..isu palestin dibedil dan dibedil…

Sebenarnya Allah sekali lg meng’send’ ‘sms’Nya melalui isu ‘palestin’ kepada jiwa2 si daie2 muda.Mereka dan kita bingkas bangun dan bangkit mencelikkan mata.Ya.ini sudah ada pada semua,walau masih ada terlena.Tetapi jiwa seorang daie.Begini agaknya,

‘Sekumpulan perkerja sibuk membina sebuah bangunan.Katanya terbaik,terkuat dan tercanggih didunia.Masing2 berusaha dan bersungguh.Malangnya kebanyakan pekerja yg hadir setiap hari hanyalah tukang cat,tukang cuci, dan tukang bersih. Hanya sebilangan yg membuat kerja2 penapakan tiang dan batu asas.’

‘Datang haribulan.datang Angin taufan,sebilangan tukang2 yg proaktif, bersedia dengan kelengkapan masing2 menghalang angin yg datang.Ada yang mengangkat tirai kain besar,harapannya menghalang angin agaknya,ada pula tukang2 yg terus mengecat,menyapu dan membersih.Sebilangan kecil tadi pula,semakin kuat membina tapak asas.Semakin bersemangat.Semakin kuat badai angin taufan datang.Semakin bersemangat pekerja2 di bangunan itu.Masing2 berkerja kan?’

pekerja mana pula pilihan kita??


ngkit mencelikkan mata.itu sudah ada pada semua,walau masih ade terlena.nya.Dari sebuah

‘Bukan meriam,kapal perang,senjata yg mampu mengalahkan mereka (Islam),tetapi ini (Al-Quran) yg perlu dihapuskan dari hati2 mereka’ –Aktivis Yahudi@Zionis-

si daie2 muda,

kembali kepada Asas yang paling utama.Pembinaan jiwa dan peribadi muslim yang pertama.Diikuti keluarga muslim dan seterusnya.Pembedilan,pencerobohan dan pencabulan Al-Aqsa hanyalah ‘MODAL’ yang diberikan Allah untuk kita niagakan.Bukan sebagai ‘MODAL’ untuk bertempikan,berteriakan,bersemangat kesana kesamari semata2.Hasilnya?Bila undurnya sebentar Israel dari sana,kita pula hilang juga bersamanya.Sedangkan mereka ada perancangannya untuk itu.

si daie2 muda,

kita bukan lah harus seperti ‘instant coffe’ atau ‘instant meggi’.muncul sementara.hilang pula lama.dalam istilah yang lain kita bukanlah ‘Instant Daie’ .Tetapi daie adalah produk yang istiqamah,jiddiyyah,dan mempunyai himmah yg tinggi.

si daie2 muda,

Yang masih lagi tercari2,carilah dimana anda ingin bersama.carilah dengan siapa anda ingin bergelak tawa dan menangisi setiap isi2 perjuangan.carilah nilai2 ukhuwah didalamnya.carilah nilai2 tarbiyyah juga ,bahkan itu yg utama.Walau dimana nanti kita,yang penting jangan biarkan kita terus KESEORANGAN.setelah itu mulakan lah langkah anda.Dengan langkah yang pertama.

Akhirnya,apakah rangkaian2 asas dalam langkah pertama yg perlu dibina itu?.itu kerja rumah anda.:)

sarananan buku untuk dibaca: AL-MUNTHALAQ (Muhammad Ar rasyid).Versi pdf boleh didapati di internet.syukran.

Thursday, November 06, 2008

bayaran perpisahan

1.skola tmat.2.drive keta.3.smpai uma.4.missing..

'Akhi ,mintak tlg jd mllm di Hira'
'tengok2 kan adek2 di hira'

'insya Allah mllmh'
------------
7 November 2008-tidak lg di sekolah.skola da tamat.
Surat perletakan jawatan sebagai mllm masih tersisip rapi dlm laci.ditangguh2 sejak dulu.
tiket kapal terbang juga.delay2 dan delay.mereka di sana,memanggil2.
bayaran perpisahan?
rasenye smakin fobia untuk mencipta another pertemuan di mane2 pun, bayaran untuk perpisahannya sngt berat.btw,that's is the price.
rindu.

privacy.cukup. =) .jom borak ttg ni.
-----------
guru,mllm,cikgu,dan ape2 pun istilah.
bknnye garam didalam masakan.mencukupkan selera,menyedapkan rase.bahkan,umpama semuenye didalam hidangan.lauk,api,garam,atau pun ape2 yg melengkapkan masakan.
2 bulan menjadi guru di Hira'.
yup,singkat.but,singkat is nikmat rite? :)
.mungkin bermanfaat.

1.sekecil2 senyuman anak2 murid,sbesar2 ketenangan dihati guru.
2.sekecil2 muram anak2 murid,sbesar2 gelisah dihati guru.
tk fhmkah dia?sakit kah?mm..

rasenye,itu yg bakal hilang.
bayaran perpisahan.(mode sedeh kot ni)hehe..
ank murid2 yg bace(kalau ade)..

hanye yg kental? .............................!
=)
wallahua'alam,next step jum!.

Wednesday, October 08, 2008

edisi 15-25thn: pejamkan ia Rabb

3.00am.
Pejamkan lah mata Ini wahai tuhanku.
Hari ni sungguh meletihkan,
Hari2ku telah pasti letih seperti ini,
Aku sudah biasa denganya,
tidurkan lah mata ini tuhanku.

Jam terus berlalu
Hati terus berlagu,
Mataku terus menunggu,
Pejamkanlah mataku tuhanku.

Mengapa sukar benar ?,

Aku ingin bangun qiam,
Mampukah nanti sujud dan rukuk dgn mata yg terpejam?
Mustahil,mana mungkin.
ejamkanlah ia sekarang tuhanku

Satu sudah lelap,
hilang sudah hilai tawanya,
Satu masih berjaga berbuku dimalam,
Selebihnya sudah dibuai mimpi.


Sudah 2 jam,
Aku belum terpejam,
Dari mana tenaga ini sehingga sukar benar ia.
Eh,tidak..
mataku sudah terpejam,
Benar!sudah terpejam.
Aku pasti!
Apa lagi?

owh..
hati.
hati masih lagi disini.
Memikirkan sesuatu.
Merenung sesuatu.

Apa mungkin kurangya ilmu ,aku masih tidak mampu memahami?
Atau syaitan sebenarnya yang mengangguku?
Atau aku sendiri yang tidak ingin memahami?
Apa sebenar dalam hatimu?
Apa mungkin lakonanku membuatkamu mnjadi pembantu layar?
Atau ada halangan disebalik tirai langsir itu?
Engkau menjaga sesuatu?
Engkau memelihara sesuatu?
Tenangkan lah aku,katakan aku tiada dihatimu.

'Katakan sahaja engkau bukan untukku'.

Aku rela bersama duka yg dalam,
Dari meniti hari2 yang tidak mampu membuatkan ku terpejam.

Tuhan yg mematikan,
Pejamkanlah aku,sejurus tangan ini dialih dr kekunci.
Andai kau nanti terus menerus memejamkan aku dan ,

Izinkan mimpi terindah ntukku. disana~
-----------------------
quote: found n got sumthin?anda rase..?

Saturday, September 13, 2008

ada BENGKOK yg ingin diLURUSkan


Ada yang perlu dibersihkan berdasarkan sejarah Perang Badar.Sejarawan berpendapat tindakan sahabat Rasulullah menghalang kafilah dagang kafir quraisy adalah punca Perang Badar.Padahal,kafiq quraisy sendiri yang telah membuka jalan keatasnya.Begini !idea ini hadir apabila ketua munafiq Madinah,Ubai bin Sahlul menerima surat dari pemimpin kafiq quraisy di Makkah.

“Kamu sekalian melindungi sahabat kami(makksudnya kaum muslimin),dan kami bersumpah atas nama Allah agar kamu mengusir mereka.Atau kami akan mengerahkan seluruh kekuatan untuk membunuh parajurit kamu dan menawan kaum perempuan kamu '
Juga surat kepada golongan muhajirin,
‘Kamu sekalian jangan berbangga dulu kerana Berjaya meninggalkan kami menuju yathrib(madinah).Kami akan dtg memusnahkan kamu semua dan menghancurkan ladang2 di tgh2 negeri kamu sendiri’-sunan abu daud.

Dengan ‘semangat surat ’ itu,Abdulllah bin sahlul datang berjumpa Rasulullah dan para sahabatnya.Semenjak Rasulullah berada dimadinah.Kepopulariti A.S semakin berkurangan.Semakin ramai yang menghormati Rasulullah berdasarkan keluruhan dan kemurnian peribadi baginda.Ini sewajibnya menimbulkan rasa dendam didalam jiwa seorang ketua Munafiq.
Setiap kali perjumpaan itu juga ,jiwa seorang kekasih Allah tidak pernah pula berputus asa mengajaknya masuk islam,namun ini pula ‘respon’ dari seorang Ketua munafiq…


‘wahai Muhammad,tidak adakah kata2 yg lebih bagus daripada kata2mu itu?lebih baik engkau duduk dirumahmu.Apabila ada yang hadir kerumah mu ,ungkapkanlah kata2 itu.Usahlah engkau bersusah2 untuk mendatangin orang lain dan menyampaikan apa yg tidak disukai mereka’

Meniti hari,A.S semakin berani ‘menikam’ Rasulullah.Terdapat juga beberapa org sahabat yg lemah imannya mula memihak kpd Ketua munafiq itu.Kebanyakannya terkesan dengan kehadiran surat tersebut.Mereka mula bergabung dgn A.S.Disudut yg lain,keimanan yg kukuh dikalangan Muhajirin dan Ansar turut tekucil dan hampir melakukan serangan ke atas A.S.
Salahkah pd niat Muhajirin dan Ansar menyerang ketua MUNAFIQ ini yg mana cuba menggugat Rasulullah?Jawapanya tidak!Namun,ini jawapan dr seorang Rasulu yg telah dibersihkan ilhamnya oleh Allah,


‘’telah sampai kepadaku ancaman dr Kafir Quraisy,Ternyata rancangan jahat mereka tidak sebesar rancangan jahat kalian tErhadap diri kamu sendiri.Kamu ingin memerangi saudara dan anakmu sendiri’’


Disini kebijaksanaan FIQH POLITIK Rasulullah terbukti.Rasulullah segera mengingatkan kedua2 kelompok yg ingin bercakaran ttg musuh sebenar mereka iaitu Kafir Quraisy bukannya bercakaran sesame sendiri.
Dengan kata2nya itu ,menunjukkan rasulullah tidak pula memihak pd mana2 golongan walaupun terbukti golongan Abdulllah bin sahlul patut diperangi.Kata2 itu juga seraya membangkitkan sebuah gelombang kekuatan ntuk melawan musuh dlm rangka untuk menyelamatkan bakal bumi islam pertama, Madinah.Ketika ini,yg disentuh Rasulullah adalah cintakan tanah air dan patriotrisme bukannya semangat mempertahankan Islam yg diutamakan.Andaikata terbatas kebijaksanaan Rasulullah ketika itu,maka yang akan menentang kafir quraisy dari mekah hanyalah golongan muslimin sahaja.Tetapi ,inilah Rasulullah,seluruh penduduk madinah Berjaya disatukan dan bersama2 mempertahankan bumi madinah.Secara tidak langsung memberi keuntungan kepada Islam.



Ikhwah akhawat,
Bagaimanakah Bila datang nya banjir besar melanda sesebuah tempat kita pula terus menerus membina bangunan2 dan sebagainya,sedangkan ketika itu kita memerlukan bahtera penyelamat untuk menghadapi bencana yg bakal melanda.
Dari sejarah indah yg kita baca td,beginilah cara baginda mengajar kita.
Muslimeen + penduduk madinah VS kafiq Quraisy.
Rasulullah amat arif agak mustahil untuk mempertahankan madinah bersama kekuatan muslimeen shj.Bahkan rasulullah Berjaya ‘memindahkan’ mentality penduduk madinah ketika itu dalam bercakaran kpd focus mempertahankan madinah yg akhirnya menjadi titik tolak perbentukan Khilafah islam.


Bagaimana pula kita?Kita berada didalam satu kecelaruan yg tak pernah susut.Kita masing2 mempunyai ideology ,prinsip,cara dan dasar2 yg kita perjuangkan dan kita pertahankan.Itu kita akui.Ini sunnatullah.Kerana kita manusia mempunyai kekuatan akal yg berbeza2. Dari sudut setiap individu ataupun kumpulan2.


Mengapakah kita susah benar ingin mencari satu titik kesamaan didalam setiap kecelaruan ini?atau mungkin kita sahaja membutakan mata tentangnya.Ego,tamak dan pelbagai desakan duniawi mungkin menutupnya.
Bahkan rasulullah juga pernah bertoleransi dgn golongan yg menentangnya.Inikan kita?Bersama2 mengucapkan syahadah,bersolat 5 waktu,berzakat, dan sebagainya.Tetapi disbbkan perbezaan beberape idea atau perkara furu’ sehingga kita terlupa musuh sebenar Yahudi laktullah yg tak putus2 menghentam dan menikam?

Ayuh,pemuda/i yg menyatakan kesediaan anda untuk menyerah nyawa ini untuk agamamu.Dimana dan Kemana pun ‘tempat’ kita berjuang,kita masih berpegang pd redhaNya sebagai titik tolak kesatuan fikrah dan terus kekal dlm hasanah.
Mungkin ini masanya yg BENGKOK perlu diLURUSkan
..