exam,arround da corner..
'tup,tap,tup,tap..'
terus menerus sy menaip dipapan keyboard ni,dalam keadaan rambut yg kusut masai dan badan yg lemah longlai.Sempat sy curi pandang pd jam digital yang menunjukkan 11.57pm mesir,sudah lebih 4 jam rupanya sy tidur.Namun masih tiada jawapan.
alhamdulillah Allah yang sentiasa Baik itu membenarkan sy duduk sebentar dikerusi ini dan menaip untuk sahabat2 skalian.Hari ini,entah hari keberapa sy bertarung dgn kesakitan kepala yang yang sy sendiri tidak tahu kemana hujung pangkalnya.Untuk suatu ketika ia hilang,dan satu ketika ia datang tanpa diundang.Senario ini seakan sama ketika sy diambang peperiksaan SPM dahulu.
Sejak semalam sakit ini gemar pula menziarahi sy.Kemuncaknya,ketika waktu subuh td.Hampir sy gagal bersama dgn2 jemaah lain untuk menunaikan fardhuNya di masjid.Namun,pendeta yahudi itu mengingatkan sy...
'orang2 islam tidak akan dapat menumpaskan kami(yahudi),sehingga mana bilangan mereka yang solat subuh dimasjid tidak sama seperti bilangan mereka(org islam) yang solat jumaat'
lantas air wudhuk menjadi penawar sementara.Sy gagahkan juga subuh itu bersama dengan mathuratnya .Selesai segalanya,sy kembali baring di atas katil sambil mengharapkan sakit ini pergi buat sementara waktu.Terlalu banyak lagi tanggujawab yang perlu sy selesaikan..Namun,sehingga kini sakit ini masih minat untuk bersama sy.
Jd, post ini khas sahabat yang mungkin sedang membaca.Andai sy tak dpt melayani kalian sprt kebiasaan,harap kalian tidak kecil hati n sebagainya.Juga,sahabat2 yg banyak membantu n bagi nasihat,terima kasih..dan doa2 doakan sy cpt sembuh .Juga kpd ibu,maaf kerana sy ponteng kelas Histology pg tadi,doa ibu ubat mujarab yg sy harapkan.
still looking for antidote..
slm
-akhi

1 COMMENTS:
semoga anda cpt sembuh hendaknya..
x)
Post a Comment