Wednesday, December 19, 2007

edisi kamu: wan,


Embun pagi bersahaja,menunggu cahaya…..

Dulu aku ingat lagi,kau dan aku berbaring bersama dibawah meja itu.Walaupun,saat itu biasa sahaja bagi kita berdua,tp kini saat itulah yang telah menyentuh aku .Yang selama ini,tak pernah cuba mengenali harga sebuah kenangan,bahkan tak pernah melihat2 kenangan yang telah kita simpulkan dulu.Ketika itu,kau dan aku seperti adik beradik yang tak mungkin dipisahkan.Andai ada yang cuba mengeruhkan persahabatan kita,pasti menemui jalan buntu.Semua dialog antara kau dan aku sentiasa menjadi mainan dibuah kenanganku wan,kini dan selamanya

Kau tau kan?..aku kan takut hantu.Aku pulak masa tu yakin sangat2 kau sahajalah yang mampu menghilangkan ketakutan aku.Ingat tak masa kita tingkatan satu dulu,berhingus2 lagi,makan pun suap kadang2 masuk hidung..hehe..mcm la kecik sangat kan?.tapi tu la memang kecik sangat pun berbanding kita skrang ni kan?..owh ye,pasal hantu..malam2 aku mesti rase takut ,kau ingat kan?Pastu mula la aku kacau kau..hehe,.Perlahan-lahan aku masuk bilik kau,pastu tido sebelah kau..hehe..macm anak ayam cari mak die pulak..

Kau tau tak?,ada satu masa tu aku tgk ko dah tido nyenyak,tp aku pulak takut sangat malam tu.Aku rasa macam nak kejut kau je.Tapi takpe la,nanti ko tak cukup tido pulak.Lagipun takde ruang kosong pun kat sebelah kau yang boleh aku nak selit,jdnya aku tido kat lantai jer la.Itu pun dah cukup dah,yang penting kau sentiasa ada kat sebelah aku ,aku mesti tak takut!..
Itulah cerita hantu kita..kau ingat tak?..tak ingat ker?..takpelah ..
Yang ni kau ingat?..
Kat sekolah dulu kita kan selalu pergi solat jumaat sama2 kan?Ingat tak pak bilal tu?.. yang selalu azan kat masjid kita tu?.eh,wan,kita tak minta maaf lagi kat die kan?..ye la,mane taknya,setiap kali dia azan je kita mesti gelak.dari awal khutbah sampai akhir tak berenti2 kita gelakkan ?..ko ingat kan?..kata kau..

‘pak bilal ni,aku agak 8 tahun lagi haus telinga die’

Hehe,mentang2 lah setiap kali dia azan die gesek2 telinga die,kita pulak gelakkan die.Kene minta maafkan wan?tul tak?..bile yer?..wan..nanti kita minta maaf sama2 k..
Wan,nak tau satu cerita tak wan?
Sebenarnya kau lah orang yang telah membawa aku kesebuah hidup yang baru wan…Aku tak pernah kenal pun ape itu cinta ,aku tak pernah kenal kehadiran tuhan ,aku tak pernah kenal semua2 yang aku dah kenal skrang.
Betul wan,aku tak pernah tipu kau..dulu kau pun tahu kita sama2 masa sekolah rendah pernah jadi ‘gangster’ disekolah ,semua orang takut ngan kita kan wan?
Bak kata kawan2 sekolah dulu..
‘Kalau wan ngn lan bergabung,abislah kita semua’…
hehe,btul ke wan?..memang btul pun..dulu cikgu Rahmat pun ade bagi amaran kat aku..
‘cikgu taknak kamu berkawan dgn wan.phm?..cukuplah korang dua orang dah rosakkan sekolah’
Masa tu aku tak kawan pun ngn ko lagi ,cikgu dah bagi amaran kat aku.Akhirnya wan,tak sangka amaran cikgu tu membuatkan aku ingin mengenali kau,dan kesudahanya terikat 1o tahun persahabatan kita wan .
‘tima kasih cikgu’..
Lepas tu ,hari semakin hari,kau berubah..kau dah tak macam dulu,kau selalu mengaji al-quran,kau selalu pakai tarbus kuning kau tu..solat pun kau selalu jaga..aku pun tersentuh hati ,aku betul2 nak tau sbb apa kau berubah..aku tanya kau..pertama kali kau taknak pun jawab,dua tiga kali aku Tanya baru kau jawab..

Owh baru aku tau…’sbb Tuhan rupenye’..semenjak tu kan wan,aku cari ape maksud yang cube kau sampaikan..akhirnya aku temui,Alhamdulillah..Tuhan izinkan..
Tp kan wan,wan…kenapa kita tak boleh qiamullail lagi mcm dulu?..mengaji sama2? Nasyid sama2?makan sama2?
Aku rindu la wan…
Wan,kenapa kau diam je ni..tak best laa,mane boleh aku sorang je yang cakap…
Wan..cakap la skit wan…wan..

‘lan,dah lah tu..kita dah lambat dah ni,nak maghrib dah ni,jom ikut mak balik..Bitau wan,esok lan datang lagi ziarah dia,esok lan cakaplah lagi dengan dia..
‘takpe la wan,kalau kau taknak ckp,esok je la aku dtg ye wan..’..
`Salam wan…salamualaikum ya ahli qubur’

Lokasi=`Tanah Perkuburan islam Kampung Kenangan’
Masa= 7:30ptg.
p/s:tiada kene mengena yang hidup atau telah mati…

0 COMMENTS: