Monday, December 03, 2007

lukisan Alam.

BISMILLAH..
'hidup tidak selalunya indah ,
langit tak selalu cerah ,
sulam malam tak berbintang,
itulah lukisan alam,
begitu aturan tuhan..'

-hijjaz

salam suam2 sejuk semua sahabat2..
moga sentiasa dibawah lembayung rahmat dan inayahNya..
moga sentiasanya kita dikekalkan dalam iman ,islam dan ukhuwah..

[diari Akhi],4dec,6;30pg
--------
'subuh ini lain dari yang lain..namun tidak selain jiwa hari ni dan semalam dan kehidupan hari ini juga semalam.Hari ini boleh jadi lebih baik dari semalam dan semalam mungkin lebih baik dari hari yang bakal ditempuh ini.Jika semalam melodi ku tentang 'Semalam'

'semalam,
ku meniti jalanan suram,
hampirku lemas dan tenggelam,
oh semalam ,
telah pergi....'

-mirwana(Yesterday)

hari ini ,subuh ini iramanya berbeza dari generasi yang berbeza..'Lukisan alam' menjadi melodi setelah sebelumnya anak tekak ini dibasahi Al-mathurat dan Al-quran yg cukup menenangkan.Seperti biasa ,dengan dunia teknologi yang berkembang maju,aku akan menghabiskan masa pagi ku dgn 'berziarah ' melayari alam maya yang penuh dengan warna warni ini.Dari satu destinasi ke satu destinasi,dari satu hati ke satu hati,masing2 punyai alasan dan cara tersendiri untuk terus berdiri dimuka bumi ini.Jika semalam ziarah ku seakan suram disana,dan hari ini ianya kelihatan lebih ceria dan bahagia disini.

mungkin ada benarnya 'Lukisan Alam' alunan Munif Ahmad.Teringat aku kali pertama aku diberikan peluang untuk membuat persembahan dulu.Ketika itu aku masih lagi setahun jagung di dalam dunia seni.Dengan beberapa kelengkapan yang tidak mencukupi dan pengalaman yang cetek,kami mempertaruhkan lagu Lukisan Alam ini dan sebuah lagu Asmaullah.Saat itu,aku tidak punya alasan langsung untuk menghayati lagu ini,kerana lukisan hidupku masih belum kelihatan.

Namun kini,setelah 6 tahun ia berlalu,serangkap lagu itu memberikan kesan yang mendalam setiap kali ia bermain di kotak suaraku.Bahkan sebaris juga amat bererti untukku..

'Aku amat merasai kehadiranMU ya ALLAH,'lukis'lah hidupku yaAllah,jgn biarkan ianya di'lukis' olehku walaupun dalam kadar sekelip mata'

'hidup tidak selalunya indah,
langit tak selalu cerah.'

Cuma ,bagiku ziarahku subuh ini memberikan senyuman untukku.Dalam langitku tidak secerah langitmu di waktu ini, aku gembira dapat menumpang sedikit dilangitmu walau ia tidak pernah tercipta untukku.Sahabat,teruslah tersenyum.Mengertilah bahawa ada insan lain yang memerlukan sedikit cebisan senyumanmu itu untuk terus bertahan.
-----------------------


'ya Rahman ,jika peningku ini bukannya kerana memikirkan nasib ummatku ..
maka Kau sembuhkan lah ia,
'ya Rahim,jika peningku ini bukanya kerana memikirkan dosa yang menggunung tinggi,
maka Kau sembuhkan lah ia..
p/s:still looking for any antidote..(headache's attack )..

tq..slm..

1 COMMENTS:

Anonymous said...

('')v